10 Safar 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menasihati Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin agar berhenti melemparkan cabaran kepada orang lain dalam sebarang isu di masa hadapan.
Beliau membuat kenyataan itu ekoran Khairy sehingga kini masih berdiam diri berhubung cabaran debat mengenai isu salahguna dana oleh National Feedlot Corporation (NFC).
“(Kepada Khairy) cukup-cukuplah cabar orang. Sebelum ini dia yang paling garang.
“Sekarang kredibiliti dia untuk mencabar orang dah terhakis. Kalau dia ada maruah henti-hentilah cabar orang,” kata beliau.
Bagaimanapun katanya, rakyat yang marah berhubung skandal itu, kini menerima mesej jelas bahawa Umno gemar mempertahankan pimpinannya yang melakukan salahguna kuasa.
“Mesej kepada rakyat dah jelas…Umno gemar bersekongkol dan membela mereka yang bersalah.
“Dia (Khairy) tahu dan lihat kemarahan rakyat memuncak,” katanya kepada keadilandaily.
Khairy sebelum ini beria-ia mempertahankan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya yang dikaitkan dengan skandal berkenaan.
Ekoran itu, Rafizi pada 18 November lalu mencadangkan agar debat berhubung isu itu diadakan pada 12 Disember dan memberi tempoh sebulan untuk Khairy menjawabnya.
Namun debat itu terpaksa dibatalkan selepas Khairy dilapor tidak dapat hadir pada tarikh itu, dan ingin menetapkan tarikh baru yang dipersetujui bersama.
Justeru Rafizi mencadangkan agar debat skandal NFC itu diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga Ibu Pejabat Umno.
Beliau turut meminta Khairy memberikan satu tarikh menjelang 12 Disember sebelum jam 12.00 tengahari, namun sehingga kini tiada sebarang respon dari Ahli Parlimen Rembau itu.
Keadilan Daily

2 ulasan:
Dia have no ball
penakut....dia ingat kita cabar nak acah2 je...nah sekarang siapa yg bacul..ini memang dasar berani pimpinan umno melalak depan media ,,12 tahun dulu ketua pemuda pas mafuz omar pernah cabar c hishamudin ketua [emuda umno dan s pndan umno bukan main gah lagi bila2 masa sambut cabaran debat dia ketua pemuda pas kerana dia ingat gertak je...sampai masa untuk berdebat tiba dia x jadi kononnya ada hal tapi dihantarnya pencacainya..apalagi terketar dan tergagap pencacai ini menjawab dgn mahfuz...debat yg sepatutnya berlangsung 3 jam telah dipendekan mnjadi x sampai 2 jam akibat desakan bertubi2 serta boo dari mahasiswa...dasar bacul
Catat Ulasan