17 Januari 2012

Dr Rani ganti Hasan Ali ?

23 Safar 1433H. [MOD] -

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru merupakan calon pilihan PAS dan kerajaan negeri Selangor sebagai exco baru menggantikan Datuk Hasan Ali, yang hilang kelayakan selepas dipecat daripada parti baru-baru ini.

Pemilihan Dr Rani Osman (kanan) difahamkan ekoran kedudukannya dalam PAS sebagai pesuruhjaya negeri dan pengalamannya sebagai timbalan pengerusi Ahli-ahli kelab penyokong kerajaan (BBC).

NONE
Peluang doktor perubatan itu mengalahkan dua lagi calon dalam senarai PAS, iaitu ADUN Sijangkang Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Bangi Shafie Abu Bakar.

Yunus sekarang merupakan pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Manakala Shafie pula antara orang lama dalam PAS negeri dan pernah dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya PAS di zaman Hasan.

Jika tiada halangan, Dr Rani dijadual mengangkat sumpah di depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok pagi.

Jika dilantik, beliau juga dijangka hadir kali pertama dalam mesyuarat exco esok, seterusnya tampil dalam sidang media bersama Khalid bagi mengumumkan pelantikan itu.

Dr Rani pada 10 Januari lalu dilaporkan berharap tidak dicalonkan menggantikan Hasan kerana khuatir tidak mampu memikul tanggungjawab itu.

Beliau bagaimanapun berkata, semuanya terpulang kepada keputusan pimpinan tertinggi parti dan PAS negeri hanya menerima sebarang keputusan.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sebelum ini menyokong penuh saranan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al Hiss, supaya kekosongan untuk exco diserahkan kepada Dr Abdul Rani Osman selaku pesuruhjaya PAS negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.

Pemuda PAS Selangor berpandangan Dr Abdul Rani adalah orang yang selayaknya mengisi kekosongan kuota tersebut bukan sekadar beliau merupakan orang PAS nombor satu Selangor tetapi beliau juga cukup dekat dengan rakyat dan cukup prihatin dengan permasalahan rakyat.

4 ulasan:

Awanama berkata...

MELAYU TIDAK KIRA PARTI AKAN LEKA DGN JAWATAN....SEDANGKAN KERUNTUHAN AKIDAH SEMAKIN BERLELUASA...TAK KE MANA PUN...

jelah berkata...

laa..npe xamik dr shafiee...dia lgi byk pengaruh dri dr rani..

Leenoh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Leenoh berkata...

Salam,
Saya padam ulasan terdahulu kerana pengganti yang sebenar yag saya baca sebentar tadi bukan Dr.Rani tetapi Dr.Ahmad Yunus Bin Hairi..apa pun saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pengganti Dr.Hasan Ali, semoga Allah memberi peerrtolongan kepadanya untuk senang dan berjaya dalam menjalankan tugas...yang utama bukan kebijaksanaan tetapi keikhlasan iaitu bertugas dan bekerja semata-mata kerana Allah.