12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU - Polis menahan seorang lelaki yang menceroboh dan mengamuk dengan memecahkan patung milik sebuah kuil di Jalan Air Putih, Chukai, Kemaman, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, suspek berusia 29 tahun telah memecahkan 10 buah patung menggunakan topi keledar dan sebilah parang milik kuil terbabit yang digunakan untuk upacara pecah buah kelapa.
Bagaimanapun, suspek yang berasal dari Kampung Bukit Kuang itu tidak menyerang dan mencederakan dua orang sami serta seorang Penolong Pengerusi Kuil yang berada dilokasi semasa kejadian.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa berkata, hasil siasatan awal, suspek yang bekerja sebagai kelindan kren mendakwa dia terdengar suara ghaib yang menyuruh merosakkan semua patung di kuil terbabit.
“Disebabkan alasan itulah, kami telah menghantar suspek untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan mental.
“Walau apa jua alasan suspek, kami tetap memandang serius dan akan mengambil tindakan undang-undang jika dia didapati bersalah kerana kejadian sebegitu seharusnya tidak wajar berlaku bagi menghormati agama lain,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam.
Jamshah berkata, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 295 Akta Kanun Keseksaan kerana membinasakan rumah ibadah.
Pada masa sama, Jamshah turut mengingatkan kepada masyarakat agar jangan sesekali membesarkan atau mengambil kesempatan berhubung isu ini kerana ia merupakan perbuatan individu dan bukannya dari kumpulan tertentu.
“Kami yakin kejadian ini tidak ada kena mengena dengan kumpulan-kumpulan tertentu dan hanya perbuatan individu yang berkemungkinan besar berhadapan dengan masalah mental.
“Jadi, kami berharap agar jangan sesekali menjadikan kejadian ini sebagai satu isu besar yang boleh menjejaskan keamanan negeri kita,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan