12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Polis sedang dalam proses melengkapkan siasatan ke atas satu aduan seorang wanita yang mendakwa dicabul dan dikasari pegawai polis di Balai Polis Petaling Brickfields bulan lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menjelaskan selain menyiasat laporan yang dibuat wanita itu, polis juga membuka dan sedang menyiasat satu laporan polis yang dibuat oleh anggota polis bertugas semasa kejadian itu.
"Kedua-dua laporan polis tersebut telah dibuka kertas siasatan dan disiasat secara berasingan. Pihak polis sedang melengkapkan siasatan berkaitan kedua-dua aduan tersebut sebelum dirujuk ke pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Beliau mengulas mengenai satu laporan di portal memetik seorang wanita mendakwa dicabul dan dikasari polis 24 Mac lepas.
Mohmad berkata dalam laporan polis yang dibuat anggota polis pada 24 Mac itu, anggota berkenaan semasa membuat rondaan di kawasan Kuchai Park telah ternampak sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di hadapan Maybank Kuchai Park pada kira-kira pukul 6 pagi.
Katanya, pemandu kenderaan berkenaan bertindak memecut laju melarikan diri dan meninggalkan kawasan itu sehingga ke sebuah kondominium berdekatan, apabila polis yang lengkap berpakaian seragam mahu membuat pemeriksaan ke atas kenderaan itu.
Beliau berkata pemandu kenderaan yang merupakan seorang perempuan telah ditahan dan diberi jaminan polis pada hari yang sama.
"Semasa penahanan dibuat di balai polis, perempuan berkenaan bertindak agresif dan memaki polis yang bertugas. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya.
Mohmad juga menjelaskan wanita terbabit cuma membuat laporan polis lima hari selepas kejadian iaitu pada 29 Mac dan laporannya adalah mengenai ketidakpuasan terhadap cara penahanan dan tindakan polis terhadapnya. - Bernama
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan