12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 4 April: Anwar Ibrahim Club (AIC) terpanggil untuk menyatakan sokongan terhadap penganjuran Bersih 3.0, yang dilancarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 sebentar tadi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.
“Ini adalah ikhtiar rakyat Malaysia melalui 84 NGO dengan dokongan padu orang awam untuk mendapatkan perhatian kerajaan bagi menilai semula kebobrokan sistem pilihan raya yang tidak bersih dan tidak adil,” kata Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad dalam satu kenyataan.
Katanya, AIC melihat beberapa perkara seperti yang dinyatakan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 itu mempunyai asas yang kukuh dan berintegriti, tidak mewakili pihak berkepentingan tetapi sebagai satu desakan untuk kerajaan segera bertindak bagi memberikan rakyat Malaysia satu bentuk pilihanraya yang lebih terjamin.
Beliau menegaskan, keraguan paling besar adalah terhadap kecelaruan daftar pemilih induk, sama seperti yang dinyatakan dalam Laporan Minoriti Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang jelas membuktikan wujud tangan-tangan ghaib untuk memastikan kerajaan sedia ada terus selesa mengekalkan tampuk kekuasaan dengan cara mencurangi rakyat.
Maka, ujarnya adalah wajib rakyat seluruhnya untuk 'duduk bantah' dan menyatakan pendirian tegas rakyat bahawa tidak boleh berlaku sebarang proses pilihan raya selagi daftar pemilih induk dipenuhi dengan kekeliruan dan keraguan yang munasabah.
Menurutnya lagi, rakyat terutamanya anak-anak muda harus segera bangkit bagi menghalang penjajahan serta pembodohan minda terus-terusan berlaku dan menekan kita ke dasar untuk lima tahun akan datang.
“Maka pada tarikh 28 April 2012 jam 2.00 petang di Dataran Merdeka seharusnya menjadi tarikh keramat agar segala kepincangan ini dapat dipertontonkan di mata dunia, bahawa negara ini sedang dalam kancah penipuan terang-terangan dan wajar segera diselamatkan,” ujarnya.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan