12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU - Mesyuarat Khas Jawatankuasa Induk penganjuran Walk With Me 2012 – Dibarakan Sinar Harian berlangsung di Istana Balai Besar, di sini semalam.
Mesyuarat dipengerusikan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Ahmad Mahmood bersama Tengku Ibrahim Farihaddin Datuk Tengku Feissal, disertai Pegawai Protokol THR Gegar, Tuan Saharizam Tuan Hamzah.
Mesyuarat Khas ini juga dihadiri Pengurus Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan Media Karangkraf, Izahar Atan dan Brand Sinar.
Pelbagai perkara diperhalusi bagi memastikan kelicinan penganjuran dan dijangkakan, 30,000 peserta akan menyertai program ini.
Pada program ini, Sultan Muhammad V akan mencemar duli, berjalan kaki sepanjang tujuh kilometer di sekitar Kota Bharu bersama peserta.
Peserta juga dapat melihat sendiri keunikan budaya Kelantan seperti tarian tradisional, dikir barat dan sebagainya.
Program in berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini. Masyarakat setempat dijemput hadir dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan