12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
Berapa ramai orang berniat apabila berkahwin? Berapa ramai pula yang berniat sesuatu yang baik dan yang sesuai dengan Islam? Apakah mereka tahu bahawa niat penting apabila memutuskan hendak berkahwin?
Ramai yang tidak sedar kepentingan niat dalam mendirikan rumah tangga. Sebab itulah apabila ditanyakan apa niat anda untuk berkahwin, baru mereka tercari-cari akan jawapannya. Ada yang tidak tahu hendak menjawab kerana terdapat perkara tertentu yang mahu dirahsiakan. Atau mungkin mereka malu untuk menyatakan niat mereka, atau mungkin juga kerana tiada niat langsung.
Namun niat yang lazimnya diberikan ialah berkahwin untuk mendirikan rumah tangga, dan ada juga yang berkata, ikut sunnah Nabi. Tidak kurang juga menjawab hendak merasai hidup berkeluarga. Apakah niat-niat seumpama ini boleh diterima sebagai niat baik atau sesuai dengan kehendak Islam?
Niat penting dalam melakukan segala urusan terutama ibadah kepada Allah berdasarkan hadis:
“Sesungguhnya setiap amalan ada niatnya, setiap seorang dinilai mengikut niatnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis masyhur ini bukan hanya khusus untuk amal ibadah sahaja, tetapi turut melibatkan amalan atau pekerjaan yang melibatkan orang Islam.
Jadi, pasangan yang hendak berkahwin perlu ada niat, dan niat itu nantilah yang akan direalisasikan oleh mereka sepanjang kehidupan berumah tangga. Kalau baik niat mereka maka itulah yang akan mereka kecapi.
Sekiranya tidak, tentulah kecundang padahnya pada pertengahan jalan. Apatah lagi kalau mereka menyimpan niat yang tidak ikhlas, maka kewujudan rumah tangga yang diibaratkan sebagai syurga itu tidak akan menjadi kenyataan.
Niat yang Syarie
Sebenarnya niat seseorang lelaki tidak sama dengan niat seorang perempuan dalam soal kahwin. Memang naluri dua insan ini tidak sama sampai bila-bila, namun ia akan saling lengkap melengkapi setelah berkahwin. Malah niat itu akan menjadikan mereka lebih bahagia apabila saling mengetahui niat hati masing-masing.
Antara niat yang syarie ialah lelaki akan berniat untuk menjadi suami soleh dan memiliki isteri solehah dan bertekad untuk saling menyayangi. Niat ini amat baik, tetapi berdasarkan pengalaman saya jarang bertemu dengan lelaki seumpama ini.
Bagi perempuan pula, mereka boleh berniat untuk menjadi isteri yang taat dan memiliki suami yang boleh membimbing ke jalan yang diredai Allah. Niat sebegini amat baik dan wajar dimiliki seorang isteri. Tetapi sampai saat ini pun saya belum ada mendengar seorang wanita berniat sebaik ini.
Apa yang pernah saya dengar ialah, “Saya hendak berkahwin kerana cintakan dia.” “Saya mahu kahwin kerana sudah lama kenal dan percaya kebaikannya.” Dan tidak kurang juga yang berniat untuk berkahwin kerana sudah terlanjur.
Saya percaya kecelaruan kehidupan umat Islam pada hari ini terutama dalam mengatur rumah tangga adalah berpunca daripada niat yang tidak sesuai malah bercanggah dengan Islam. Oleh sebab itu Allah tidak menerima niat mereka.
Niat Terbaik
Setelah melihat niat-niat di atas, suka saya mencadangkan kepada kaum lelaki satu niat yang pada saya amat relevan pada zaman ini. Niat itu berbunyi, “Aku hendak berkahwin untuk mendapatkan sesuatu yang halal yang tanpanya (kahwin) tidak akan kuperolehi.”
Tanpa berkahwin kita boleh dapat banyak perkara yang halal. Kita boleh makan makanan halal semahunya dengan membayar harganya di restoran. Kita juga boleh pakai pakaian halal lagi cantik dengan membelinya di butik. Dan banyak lagi yang boleh kita dapat secara halal tanpa perlu berkahwin.
Tetapi bolehkah anda memegang wanita apatah lagi menidurinya dengan pergi ke kedai, bayar dan guna? Ya, boleh tetapi yang itu tidak halal. Maka untuk mendapat yang halal perlulah berkahwin.
Inilah yang saya maksudkan dan anda harus berniat begitu.
Percayalah, waktu anda berniat begitu, Allah campakkan keyakinan isteri kepada anda bahawa suaminya tidak mungkin akan mencari yang haram.
Dia yakin suami ini tidak akan mencari peluang daripada perempuan murahan. Lainlah jika anda berniat secara tidak ikhlas, maka isteri akan meragui setiap tindakan suaminya.
Berbeza dengan kaum perempuan, niat mereka adalah supaya mendapat pembelaan daripada seorang lelaki yang bergelar suami. Inilah niat terbaik yang seharusnya diungkapkan oleh para isteri. Kenapa? Lelaki memang ramai, tetapi bolehkah seseorang wanita yang tanpa berkahwin mengharapkan pembelaan daripada lelaki? Lazimnya harapkan pagar, pagar makan padi.
Jika seseorang perempuan itu berniat, “Aku hendak berkahwin untuk mendapatkan pembelaan daripada seorang lelaki yang bergelar suami,” tentulah isteri itu memberi kepercayaan kepada suaminya. Dan pastinya dia tidak akan menyerahkan hak pembelaan kepada orang lain selain suaminya.
Dengan niat isteri yang sebegitu, Allah campakkan ke dalam hati suaminya bahawa isterinya telah memberi kepercayaan kepadanya. Dengan itu suami akan memberi perhatian kepada isterinya dalam semua keadaan. Dan yang paling penting suaminya akan sentiasa memberi perlindungan dan akan sentiasa membela kehidupannya.
Saya yakin pasangan yang sudah berniat seperti di atas dengan ikhlas, mereka akan mendapatkan apa yang diniatkan. Allah tentu tahu apa yang diniatkan mereka, maka dengan sebab itu pasangan itu akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya.
Kasih Sayang Terbina
Apabila suami isteri telah berniat seperti yang dianjurkan di atas akan terbinalah ikatan kasih sayang sebenar. Allah akan campakkan ke dalam hati masing-masing perasaan “mawaddah warahmah” iaitu kasih sayang sejati. Firman Allah SWT dalam al-Quran:
Maksudnya: “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.” (Surah ar-Rum 30: 21)
Ayat “daripada jenis kamu sendiri” merujuk kepada ayat “min amfusikum” bukan sahaja pada unsur-unsur fizikal, tetapi juga melibatkan rohani iaitu niat. Niat isteri seperti yang dicadangkan di atas itulah yang menepati kehendak naluri suami. Ini kerana suami mahu mereka dihargai sebagai pemimpin dan pembela walaupun dia seorang cacat.
Sebenarnya, suami yang mendapat kepercayaan isteri akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan perkara itulah yang boleh mencernakan kasih sayang yang sejati. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh berubah apabila isteri secara fizikal atau rohaninya meragui suami lalu enggan memenuhi kehendak suami. Padahal si suami tetap mahu bermanja dengan isterinya.
Suami dalam keadaan apa pun tetap akan sayang kepada isterinya, dan itu fitrah. Ini kerana perkahwinannya pada awal-awal lagi diniatkan untuk mendapat yang halal. Tentu mustahil dia mencari yang haram selepas itu atau dengan sengaja melakukan perbuatan dosa. Sebab itu walau dalam keadaan terdesak sekalipun, seorang suami sukar untuk melafazkan cerai jika diminta oleh isterinya.
Keadaan ini berbeza dengan isteri kerana lazimnya isteri berkahwin berasaskan cinta kepada suami. Sedangkan kecintaan seseorang akan berkurangan apatah lagi jika sudah tertanam di dalam hatinya sangka buruk terhadap suami. Inilah yang sering terjadi dalam kehidupan rumah tangga.
Ibu Bapa Penyelamat
Selain niat suami isteri, ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam merealisasikan kehidupan rumah tangga anak-anak mereka. Walaupun anak-anak sudah dilepaskan dengan tanggungjawab mereka sendiri, tetapi ibu dan bapa masih ada hak memantau pergerakan anak mereka dari jauh.
Apabila didapati kehidupan anak dan menantu tidak begitu ceria, janganlah mengambil sikap “biar mereka selesaikan sendiri”. Sebaliknya pada peringkat awal lagi ibu bapa perlu bertanyakan keadaan anak masing-masing.
Bantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera dengan memberikan kata-kata nasihat dan panduan berguna. Tetapi perlu diingatkan, jangan sesekali salahkan menantu dalam apa jua keadaan.
Sentuhan ibu bapa dalam keluarga anak-anak mereka boleh menjadikan hubungan suami isteri lebih murni.
Tetapi ia perlu dibezakan dengan bentuk campur tangan yang boleh meruntuhkan. Jangan sampai masalah yang timbul amat sedikit, tetapi dengan campur tangan ibu bapa, isu kecil menjadi besar.
Oleh sebab itu ibu bapa juga perlu ada niat yang baik apabila mengahwinkan anaknya di samping niat anak itu sendiri. Begitu juga, niat ibu bapa melepaskan anak perempuannya kepada suaminya juga mesti ikhlas, jangan ada udang di sebalik batu. Ramuan inilah yang menjadikan kehidupan anak dan menantu sentiasa ceria dan bahagia.
Ahmad Baei Jaafar

Tiada ulasan:
Catat Ulasan