12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KUANTAN - Perbuatan seorang pemandu memandu kereta tanpa lampu belakang membawa padah apabila kenderaan itu dirempuh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang dalam satu kejadian di Kilometer 126, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Temerloh awal pagi kelmarin.
Akibat kejadian, salah seorang penumpang kereta jenis Proton Iswara yang dirempuh Nurul Asyiqin Zulkifli, 11, dari Klang, Selangor mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu kereta dan seorang lagi penumpang berusia lapan tahun mengalami kecederaan, bagaimanapun pemandu kereta Mercedes difahamkan terselamat dalam nahas kira-kira jam 4.15 pagi itu.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki tiga sekeluarga dan kereta Mercedes itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.
Menurutnya ketika sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta Mercedes dipercayai tidak nampak ada sebuah kereta dihadapannya kerana kenderaan tersebut bergerak tanpa lampu belakang.
“Kehadiran kenderaan di hadapannya hanya disedari pemandu kenderaan mewah itu selepas hanya beberapa meter menyebabkan dia gagal mengelak dan berlaku rempuhan.
“Ekoran rempuhan tersebut, kedua-dua kenderaan itu terbabas ke kiri jalan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mohamed Fauzi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dihantar menerima rawatan di hospital sama.
“Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan, bagaimanapun polis tidak menolak kemungkinan nahas itu disebabkan kegagalan salah seorang pemandu mengesan kenderaan di hadapan kerana tiada lampu belakang,” katanya.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan