12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
TEMERLOH - Polis menemui sejumlah dadah jenis ganja dan Eramin 5 setelah menangkap seorang lelaki berumur 48 tahun yang menaiki sebuah kereta jenis Kia Spectra berwarna hitam di Simpang Empat Taman Rimba Mentakab, malam Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan polis diketuai Inspektor TS Naventheran menahan seorang lelaki pada jam 11.30 malam di Mentakab.
Menurutnya, polis turut menjumpai bungkusan plastik berwarna hitam bersimpul di bawah tempat duduk penumpang bahagian depan, dua plastik merah dipercayai berisi ganja seberat 490.30 gram dan 10 pil Eramin 5 dengan nilai keseluruhan RM4,200.
Mohd Nor berkata, RM15,632 dipercayai hasil jualan dadah juga dijumpai dan 10 kotak rokok dipercayai tiruan.
Menurutnya, dadah itu dipercayai untuk diedarkan di pasaran daerah ini.
“Lelaki yang beralamat di Bahau, Negeri Sembilan terbabit ditahan reman selama tujuh hari.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan