12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
WASHINGTON - Penguat kuasa undang-undang dan pegawai jabatan untuk menghentikan pengganas di Amerika Syarikat (AS) kini sedang berusaha membongkar kaitan antara kumpulan Al-Qaeda dengan beberapa laman sesawang yang memaparkan mesej berbaur ancaman serangan ke atas New York.
Tindakan itu diambil selepas sebuah gambar menggunakan teknik pertindihan ala Hollywood memaparkan pemandangan sekitar Manhattan yang turut disertakan kapsyen AL- QAEDA - akan kembali semula ke New York.
Gambar mencetuskan kontroversi tersebut telah dimuat naik ke dalam laman forum Ansar al Mujahiddin (Amaf), kelmarin yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Taliban dan pemimpin utama militan di Jordan.
Seorang pakar yang memantau aktiviti di dalam laman sesawang militan, Evan Kohlmann berkata, dua laman forum rasmi Al Qaeda telah dikenakan sekatan sejak dua minggu lalu.
“Pasukan Petugas Khas Bersama Antikeganasan kini sedang menyiasat ketulenan gambar dan motif sebenar ancaman itu bagi memastikan sama ada ia perlu diambil serius atau sebaliknya,” kata jurucakap Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
AS kini terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga terhadap mana-mana ancaman serangan terutamanya daripada Al Qaeda kerana khuatir kononnya tragedi serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001 akan berulang.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan