12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
ALOR GAJAH - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan kepalanya tersembam ke bawah dalam sebuah longkang berhampiran Balai Raya Taman Pengkalan Indah, Pengkalan, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mayat mangsa, M Ratana Kumar, 28, ditemui saudaranya, M Murugan, 30-an, yang menyedari motosikal dinaiki mangsa berada di tepi jalan sebelum terlihat kaki mangsa di longkang berkenaan.
Murugan berkata, dia terkejut apabila melihat sepasang kaki terjulur di atas tembok longkang sebelum melihat kepala mangsa terbenam dalam air longkang hingga paras leher.
“Saya cuba mengeluarkan mangsa dari dalam longkang sedalam kira-kira satu meter itu, namun tidak mampu dan segera memanggil seorang rakan yang berada tidak jauh dari tempat kejadian untuk membantu.
“Selepas mangsa berjaya dibawa naik, saya terus menghubungi Unit Kecemasan Hospital Alor Gajah dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk merawat mangsa yang mungkin lepas selepas kepalanya terbenam dalam air,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang masih bujang dikatakan ke Seremban, Negeri Sembilan bagi menghadiri majlis perkahwinan pada sebelah pagi dan bercadang ke rumahnya.
“Sepatutnya kira-kira jam 3 petang mangsa datang ke rumah saya namun puas ditunggu kelibatnya masih tidak kelihatan,” katanya, kelmarin.
Saksi yang juga penduduk, Ramli Majid, 32, berkata, sebelum itu mangsa dilihat sedang duduk di atas tembok sebelah kanan jalan sambil menundukkan kepala.
“Saya hanya biarkan sahaja sebelum keluar semula bersama isteri ke sebuah bengkel motosikal kira-kira 15 minit kemudian.
“Ketika keluar semula saya dapati mangsa sudah tiada lagi di tembok berkenaan dan menyangka dia sudah bergerak ke tempat lain,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan laporan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di Taman Pengkalan Indah, kira-kira jam 6 petang kelmarin.
“Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah sebelum mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut ,” katanya kepada Sinar Harian.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan