12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PARIT BUNTAR – Seorang bekas tentera maut dalam satu nahas membabitkan dua lori dan lima motosikal di jalan Pekan Titi Serong, di sini berhampiran jambatan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 10.40 pagi itu, mangsa Ahmad Murad Mastor, 53, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dipercayai akibat terkena hentakan batu.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila sebuah lori membawa muatan ikan yang datang dari arah Tanjung Piandang ke Parit Buntar gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh sebuah lagi lori yang berada di hadapan.
Keadaan itu menyebabkan, lori muatan ais yang dipandu , Ismail Harun, 41, hilang kawalan sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa.
Pelanggaran itu turut menyebabkan empat motosikal yang diletakkan di bahu jalan rosak.
Saksi kejadian berkata, mangsa yang bersara sejak 10 tahun lalu baru selesai menjalankan kerja pemotongan rumput di kawasan berhampiran.
Menurutnya, sebaik selesai kerja menebas, mangsa menuju ke Pekan Titi Serong kerana ada pasar minggu.
“Namun ketika mula menunggang motosikalnya, secara tiba-tiba datang lori membawa muatan ketulan ais merempuh mangsa dari arah belakang,” katanya kepada Sinar Harian.
Mayat mangsa yang di bawa ke Hospital Parit Buntar dan dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Tebuk Haji Musa, Titi Serong, petang semalam.
Mangsa meninggalkan seorang balu, Faridah Harun, 40-an dan lima anak, tiga lelaki berusia 20-an hingga 30-an serta dua anak perempuan berusia 17 hingga 18 tahun yang masih bersekolah.
Pegawai Kanan 2 Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Parit Buntar, Abdul Halim Mansur berkata, sebuah jentera tiba di lokasi kejadian bagi memastikan tiada kebakaran berlaku apabila menerima laporan kebocoran tangki akibat pelanggaran berkenaan.
Katanya, pemandu lori ikan tersebut, Mohd Ridzuan Shafeii, 31, dari Lunas Kedah, tidak mengalami kecederaan.
“Bagaimanapun, kelindan lori ais, Mohd Nazri Ismail,19, dan orang awam, Abdul Wahab Shaari, 52, cedera serta menerima rawatan pesakit luar di Hospital Parit Buntar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan insiden itu.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan