12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PARIT BUNTAR – Sebuah stor berkembar menyimpan barangan lusuh di Jalan Abdul Raof, di sini rentung dalam kebakaran kira-kira jam 5 petang, kelmarin.
Penyewa Stor, James Winsan, 32, berkata, dia menyewa stor berkenaan untuk meletakkan barangan lusuh termasuk besi dan surat khabar lama yang menjadi perniagaan sara hidupnya.
Menurutnya, punca kebakaran dipercayai bermula daripada kertas kemudian melarat ke seluruh bahagian stor dengan cepat.
“Ketika saya sedang bekerja petang itu tiba-tiba api menyambar dari bahagian dalam stor dan membakar timbunan surat khabar lama.
“Api merebak dengan pantas dan saya segera menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Pegawai Kanan 2 Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Parit Buntar, Abdul Halim Mansur berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 5.16 petang dan bergegas ke tempat kejadian lima minit kemudian.
Katanya, ketika sampai ke tempat kejadian, pihaknya mendapati sudah 80 peratus kawasan stor terbakar disebabkan struktur bangunan dibina menggunakan kayu.
“Kami dapat mengawal kebakaran sekitar 20 minit kemudian dengan bantuan tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar bersama empat Jentera Bomba Sukarela dari Parit Buntar, Kuala Kurau, Bagan Tiang, serta Sungai Udang, Nibong Tebal.
“Setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan