04 April 2012

Teks Perbahasan ADUN Titi Serong di DUN Perak hari ini

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PERBAHASAN 2012 SIDANG DUN PERAK
ADUN TITI SERONG.

Dato ‘ Yang Di Pertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat, anggota sidang yang saya hormati sekalian.

1. Titi Serong terpanggil untuk mengambil bahagian untuk membahas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan yang di titahkan di dalam dewan yang mulia ini kelmarin.

Titi Serong juga mengambil kesempatan mengucapkan takziah ke atas kemangkatan Raja Kecil Sulong baru-baru ini. Semuga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang terpuji seperti yang dijanjikan Allah SWT.

2. Titi Serong merafak sembah dengan mengucapkan penghargaan kepada DYMM Pemangku Raja Perak yang telah menyempurnakan Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Perak yang Ke Dua Belas. Harapan awal semuga ianya menjadi pemacu dan sekaligus sebagai pemandu arah kepada patik-patik ahli-ahli dewan negeri Perak untuk berbahas secara matang bagi memacu pembangunan demi kesejahtaraan dan keamanan rakyat berbilang bangsa dan agama di Negeri Perak yang kita cintai ini.

3. Satu perkara yang saya diambil perhatian dalam titah tersebut ialah mengenai meningkat kan pembangunan kerohanian.

4. Kefahaman agama dan moral rakyat. Merupakan sesuatu perkara yang mesti diutamakan bagi menjamin lahirnya sebuah Negeri yang dititahkan oleh DYMM Pemangku Raja Perak “ baldatun tiyibatun wa rabbur ghaffur” negeri yang baik dan mendapat keampunan dari Allah……

5.Sebuah negeri yang dipacu pembangunan dengan mengambil kira segala aspek pembangunan kerohanian pastinya akan memacu Negeri Perak lahir sebagai sebuah negeri yang mendapat berberkatan dan rahmat dari Allah jua.

6. Begitulah dalam soal kenaikan pangkat seorang pegawai kerajaan negeri mestilah mengambil kira mengenai kedudukan sembahyang 5 waktu pegawai tersebut. Ini penting kerana dengan kenaikan pangkan bukan sahaja dia menikmati tambahan dan imbuhan gaji namun ianya mestilah menjadi contoh kepada pegawai bawahannya.

7. Oleh itu bagi menyokong Titi Ucapan tersebut maka satu Bajet yang lebih besar mestilah diperuntukkan oleh Kerajaan Perak ke arah meningkatkan penghayatan kerohanian rakyat.

8.Kerana itu usaha menambah maahad tahfiz di kerian, lenggong, kuala kangsar dan batang padang dengan kelulusan sebanyak empat juta ringgit dalam bajet yang lepas mestilah disokong oleh semua pihak.

9. Begitu juga dengan usaha menubuhkan pondok bukannya satu atau dua tetapi kepada seluruh daerah dengan peruntukan lebih besar perlulah dirancang dimasa akan datang.

10. pendidikan keagamaan yang lebih terancang dan baik oleh pihak kerajaan negeri dicadangkan dengan memperutukan bajet lebih besar kepada agensi tertentu untuk mendidik rakyat untuk lebih memahami islam dan kenal sesuatu yang halal dan yang haram,

11. Mesjid dan surau mestilah dipacu secara bersepadu untuk menjadi pusat penyebaran ilmu Islam sekaligus membentuk masyarakat yang berakhlak mulia. Segala langkah yang perlu mestilah diambil untuk mempercepatkan usaha menyebarkan ilmu dan kefaham islam kepada orang islam disemua peringat umur.

Sekaligus menjadi faktor kepada penyelesaian pelbagai masalah sosial dan jenayah .

12. DYMM Pemangku Raja perak juga menitahkan dengan mengucapkan kalimah Alhamdulillah kerana hasrat dan usaha menaikkan taraf kolej islam darul ridzuan telah dimakbul Allah SWT.

Namun saya ingin menyenaraikan beberapa persoalan :-

1. Isu naik taraf kolej islam darul ridzuan (Kisdar) ke kolej universiti sultan azlan shah (Kuisas ) . saya difahamkan Kolej baru terima pelawaan naik taraf ke kolej universiti dari kementerian pengajian tinggi (KPT) dalam Tempoh 1 tahun diberi untuk kolej penuhi syarat-syarat tertentu. Persoalannnya Adakah kolej sudah penuhi semua syarat yang dikehendaki oleh KPT seperti syarat penambahan kakitangan akademik, program-program akademika (program ijazah) dan kedudukan/jaminan kewangan yang kukuh.

2. Isu tanah kolej : di fahamkan Kolej telah ada banyak tanah sekitar 3000 ekar . Tanah tersebut sudah lama diluluskan kepada Kisdar. Persoalnnya adakah tanah tersebut berjaya mendatangkan hasil dan pendapatan kepada kolej. Apakah benar dakwaan bahawa dakwaan Jabatan korporat kolej langsung tak berperanan untuk memajukan tanah tersebut.

3. Isu lain ialah jumlah pelajar kolej yang tidak ramai : Kolej yang sudah tubuh berusia 12 tahun tapi jumlah pelajar kolej masih tak sampai 1000 orang. Jumlah tersemut jelas tidak releven dengan usia 12 tahun. Kolej-kolej Islam lain yang seusia dgn Kisdar ada yang sudah mempunyai pelajar 3 - 4 ribu org. kalau lah begitu keadaannya jelas Jabatan promosi kolej tidak berperanan dengan sempurna.

Tumpuan tidak diberi kepada sekolah-sekolah agama sebagai tapak utama untuk mempromosikan kisdar. Kerja promosi mestilah dilakukan secara lebih efisien dan bersungguh-sungguh.

4. Saya menghargai pelantikan yang berbahagia Prof Dr. Jamil sebagai reKtor baru kisdar apalagi beliau berasal dari daerah kerian dalam parlimen parit buntar. Namun begitu seorang yang berpengalaman dan telah menunjukkan prestasi yang baik semasa berkhidmat diberbagai agensi dan jabatan termasuklah diluar Negara pastinya tidak mampu untuk menyerlahkan segala pengalamannya dalam pentadbiran bila Isu politiking dalaman dan campurtangan org politik dlm kisdar berlaku dengan jelas sejak akhir-akhir ini .

5. Saya menegaskan bahawa kisdar yang telah berubah kepada kolej universiti sultan azlan shah (Kuisas ) tidak akan muncul dan mampu bersaing dengan kollej university lain sekiranya Rektor tidak mampu dan tidak berani untuk mem buat keputusan sendiri disebabkan campurtangan org politik yg cukup kuat.

13. DYMM juga menitahkan pada point 27 mengenai sector pelancongan dengan dikaitkan dengan program tahun melawat perak 2012.

14. Saya mempersoalkan Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak yang mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak seperti didakwa oleh pihak kerajaan.

15.Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.

16. Pelantikan itu lagi tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).dan pelawak Oss

17. DYMM juga menitahkan mengenai usaha kerajaan untuk menjayakan rancangan perumahan awam untuk golongan berpendapatan rendah. namun amatlah janggal sekiranya tanah-tanah yang strategik untuk menjayakan rancangan perumahan awam dan menyelesaikan masalah setinggan telah dianugerahkan kepada individu tertentu.

18. sebelum ini soalan saya yang dijanjikan untuk dijawab sampai sekarang tidak mendapat jawapan :

19. Seluas 28,140 meter/Sekitar 3 ekar di jalan Sekolah Parit buntar.di lot PT 0005722 kepada sayarikat Simbol Teguh sdn bhd di alamat no 29 jalan damai , Taman Damai Parit buntar

20. Kalaupun tidak dianugerahkan kepada individu dan kroni tersebut, tanah tersebut selayaknya digunakan untuk memberikan keselesaan kepada penjawat awam dengan merezabkan tanah itu dan digunakan untuk membina satu kompleks perumahan untuk penjawat awam atau untuk pembinaan pejabat kerajaan yang sesuai.

21.Sayangnya tanah seluas itu dianugeraahkan kepada satu syarikat individu dan merupakan sebuah syarikat pemaju perumahan yang dikenali menjadi penyokong kuat MCA di Parit Buntar.

22.Tapak berkenaan yang sekarang merupakan kuarters lama kerajaan negeri perak.

23. Dengan menyerahkan tapak itu kepada sebuah syarikat individu, akibatnya semua penghuni kuaters lama itu dipaksa berpindah ke kuarters baru yang bagi saya tempatnya sempit dan tidak selesa.

24.Lebih malang saya mendapat maklumat tempat tersebut akan dimajukan sebagai sebuah kompleks membeli belah sedangkan ianya terletak berdekatan dengan 4 sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah akan mengundang kepada gejal ponteng, lepak dan berbagai unsure negative yang lain.

25. Begitu juga dalam kes yang hampir sama, seluas sekitar 500 ekar tanah si sekitar kuala bagan tiang telah bertukar kepada seorang individu sedagkan tanah itu adalah rezab tanah kerajaan yang diperuntukkan untuk orang melayu dan sesuai untuk pembahagian kepada 2000 orang setinggan sekitranya dianugerahkan suku ekar setiap orang.

28. Saya ingin bertanyakan kepada yab menteri besar mengenai status permohonan dari masyarakat dan penduduk kuala bagan tiang yang rata-rataanya pun adalah penyokong kuat umno supaya kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah mereka yang telah tergadai kepada seorang individu.

Akhir sekali saya ingin membentangkan fakta sebenar mengenai peruntukan kerajaan PR Penang bg pd Jab agama islam. Dan mengesahkan fakta yang YB DS Nizar yang dipertaikan, data sebenar peruntukan 2009-20.5 juta.2010-24.3 juta.2011-33.33 juta. 2012-64 juta. Malahan turut bg peruntukan saguhati tambahan kpd guru KAFA 2009 879 ribu, 2010 913 ribu, 2011 900 ribu, 2012 900 ribu, malah peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat 2009 1.5 juta, 2010 1.75 juta, 2011 1.75 juta, Penghfaz quran 2009 75 ribu, 2010 100 ribu, 2011 130 ribu, Kelas Al Quran 100 ribu setahun dan majlis buka puasa 213 ribu.

Dato yang dipertua saya mohon menyokong.

Tiada ulasan: