30 Mei 2012

7 motor terbabas minyak bas tumpah

9 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sikap tidak bertanggungjawab seorang pemandu bas awam yang membiarkan minyak enjin kenderaannya yang rosak tumpah ke atas jalan raya mengakibatkan tujuh motosikal hilang kawalan dan terbabas di Jalan Ipoh, di sini, jam 12 tengah hari semalam.

Mangsa, Nordin Misnan, 44, berkata, tumpahan minyak yang kelihatan seperti air itu menyebabkan dia tidak sempat memperlahankan motosikalnya sebelum terbabas di tepi jalan berkenaan.

“Saya dan isteri dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai membeli barangan dapur di pasar borong berhampiran namun tidak menyedari terdapat limpahan minyak dari kenderaan awam berkenaan menyebabkan kami terjatuh dan isteri saya cedera di kaki.

“Sejurus selepas saya dan isteri terbabas, enam motosikal lagi mengalami nasib sama termasuk sebuah motosikal yang ditunggang pasangan ibu dan anak kecilnya. Kedua-dua mereka yang cedera parah dihantar dengan ambulans ke Hospital Selayang,” katanya ketika ditemui, semalam

metro/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana civic minded? Kata nak menuju negara maju?