9 Rejab 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Asalkan bukan Umno, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) yakin rakyat bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyat (PR) bahawa Perdana Menteri adalah seorang yang beragama Islam.
"Yang ditolak oleh tiga juta dari dari 5.7 juta pengundi Melayu dalam pilihan raya umum yang lalu ialah perdana menteri dari Umno dan BN (Barisan Nasional).
"Yang ditolak oleh 51 peratus undi popular yang tidak mengundi BN dalam pilihan raya umum yang lalu ialah perdana menteri dari Umno dan BN.
"Mereka tidak tolak perdana menteri yang beragama Islam seperti yang dipersetujui oleh PR," katanya.
Mahfuz yakin majoriti pengundi, sama ada Melayu atau bukan Melayu, tidak mempunyai sebarang masalah dengan keputusan PR itu.
"Mereka tidak ada masalah dengan keputusan itu kerana seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, dasar itu adil kepada semua.
"Yang sangat ditakuti tidak adil oleh rakyat ialah perdana menteri dari Umno dan BN.
"Sebab itulah, asalkan bukan dari Umno dan BN, tidak ada masalah bagi majoriti rakyat menerima seorang yang beragama Islam menjadi perdana menteri seperti yang ditetapkan PR," katanya.
Jangan lari fokus
Mahfuz berharap semua pihak memberi tumpuan kepada isu yang sebenarnya iaitu menyelamatkan negara ini dari terus dikuasai pentadbiran dan perdana menteri dari Umno dan BN.
"Itu ancaman sebenarnya ke atas negara ini dan itu isu yang perlu diperjuangkan.
"Isu sebenarnya bukanlah untuk mengungkitkan lagi apa yang telah diputuskan oleh parti-parti di dalam PR, isu yang perlu diperjuangkan ialah bagaimana hendak menamatkan ancaman sebenar ke atas negara ini iaitu seorang perdana menteri dari Umno dan BN.
"Fokus kepada perkara itu dan jangan lari fokus," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Beliau berkata, semua pihak sepatut menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk memperjuangkan seorang bukan Melayu menyandang jawatan perdana menteri sebagai tidak mungkin berlaku berdasarkan realiti yang ada.
"Walaupun kita mengakui ia tidak bertentangan dengan perlembagaan negara tetapi ia tidak berbangkit lagi berdasarkan kenyataan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang mengenai perkara itu," katanya.
Roketkini memetik Lim berkata: "Tetapi kita (DAP) menerima hakikat politik bahawa, selagi Karpal dan saya masih hidup, realitinya adalah Melayu yang akan menjadi Perdana Menteri, dan bukannya dari kalangan kaum bukan Melayu".
Bagi Mahfuz, apa yang dinyatakan oleh Karpal itu adalah pandangan peribadinya.
"(Bekas Perdana Menteri Tun) Dr Mahathir (Mohama) pernah berkata bahawa sesiapa sahaja, sama ada Melayu atau bukan Melayu, boleh menjadi perdana menteri.
"Adakah kenyataan itu mewakili perjuangan Umno dan BN?" tanya beliau.
Lim sebelum ini mengutuk akhbar-akhbar pro Umno dan BN yang memutarbelitkan isu itu.
Harakah Daily
3 ulasan:
zaman sekarang untuk beragama islam amat mudah tetapi untuk mengamalkan islam terlalu sulit. adakah dsn dan dsa hafal kitab al quran atau sekurang2 nya hafal dan mahir selok belok hadis? tepuk dada tanya selera. orang yang berjuang mati-matian atas pentas politik sebenarnya nampak potensi wang yang bakal diterima kelak... perjuangkan nasib rakyat? aku tak rasakan begitu!!! semuanya serampang dua mata.... jangan terlalu beri ikan pada rakyat... belikan pancing atau jala.... saya ni ketegori ABU dan ABA(Anwar)dan juga ABN(najib)....jika seorang pemimpin islam sejati akan mengerti adap dalam memberi ucapan. tak perlu mencaci atau apa saja untuk berkempen.
Your comment will be visible after approval.???? ini satu cabang BN.... takut ke nak publish terus?
Eeeh, macam ni, Ridhuan Tee pun boleh jadi PM?
Sorry, dah terlupa, dulu pun ada anak Mamak Kerala jadi PM
Catat Ulasan