16 Mei 2012

Mangsa letupan loji rancang bina rumah

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Jurutera mekanikal, Mohd Zamri Fithri Mat Noor, 27, yang cedera parah dalam letu­pan di pusat pemprosesan gas di Paka, Dungun pada 10 Mei lalu bercadang untuk membina rumah sendiri.

Malah katanya, mangsa bercadang memulakan kerja-kerja membina pada Jumaat lalu, iaitu sehari selepas kejadian malang yang menimpa mangsa.

“Walaupun pendiam, tapi dia memang rapat dan sentiasa membantu keluarga. Sebab itu dia bercadang membina rumah berhampiran rumah mak ayah dan berhasrat membantu keluarga.

“Bila diingatkan kembali, memang sedih apatah lagi dia bakal menyambut hari lahirnya hujung bulan ini dan dia ada merancang menyambutnya sekali dengan anak-anak saudaranya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.

Mohd Zamri Fithri yang bekerja dengan Kerton Engineering Sdn Bhd, dipercayai terjerumus ke dalam saluran paip gas dan menyebabkannya melecur dalam kejadian letupan di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas itu.

Akibat kejadian itu, mangsa melecur tahap dua pada muka dan melecur tahap tiga pada kedua belah tangan serta patah tulang belakang dan pendarahan dalam kepala.

Sementara itu, ibu mangsa, Gayah Ali, 56, ketika ditemui berkata, walaupun masih bersedih dengan kejadian yang menimpa anak ketiga daripada lima beradik itu, dia redha dengan apa yang berlaku.

Agency

Tiada ulasan: