24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KETIADAAN aksi penyerang prolifik, Patrick Ronaldinho yang digantung satu perlawanan selepas mendapat layangan kad merah dalam perlawanan menentang Pahang Jumaat lalu, nyata memberi kesan terhadap Sime Darby FC apabila tewas 1-2 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Liga Perdana malam kelmarin, lapor SUBKHI SUDARJI.
Meskipun barisan penyerang tempatan gagal memanfaatkan sepenuhnya beberapa peluang yang terhidang pada separuh masa pertama, ia sedikitpun tidak menggusarkan jurulatihnya, Ismail Zakaria.
“Saya kecewa apabila dua peluang terhidang pada separuh masa pertama terlepas begitu sahaja, namun saya tetap optimis pemain mampu bangkit mencatat tiga mata penuh dalam baki lapan saingan akan datang,” katanya yang mengakui faktor keletihan turut menyumbang kepada dua kekalahan sebelum ini.
Berdepan jadual perlawanan yang padat dalam saingan Piala FA menentang pasukan hebat sebelum ini nyata memberi kesan kepada anak didik Ismail.
“Pemain kita agak keletihan dan mengalami sedikit kecederaan serta beberapa pertukaran pemain perlu dilakukan bagi memastikan pemain yang bakal diturunkan menjelang aksi Final Piala FA Sabtu ini dapat beraksi,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan