24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU - Angkara wang!
Seorang abang ipar bertindak seperti orang hilang kewarasan apabila sanggup mengugut adik iparnya menggunakan pisau lipat dalam satu kejadian ‘amuk’ di Kampung Jeram, Manir, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, suspek, 31, difahamkan berang setelah adik iparnya enggan menyerahkan wang dalam jumlah ratusan ringgit yang dimintanya sebelum itu.
Difahamkan, suspek yang juga kaki dadah itu sebelum ini kerap menjadikan adik iparnya sebagai ‘bank’ untuk mendapatkan wang bagi membeli bekalan dadah jenis syabu.
Disebabkan tidak tahan dengan kerenah suspek yang sewenang-wenangnya ingin mendapatkan wang, adik iparnya itu cuba ‘melawan’ dan enggan menyerahkan jumlah wang yang diminta.
Suspek kemudiannya naik angin setelah mendapati adik iparnya itu langsung tidak mengendahkan permintaannya, lalu mengacukan sebilah pisau lipat ke arah muka mangsa sambil mengugut akan mencederakan mangsa.
Bimbang diapa-apakan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu kerana sebelum ini suspek dilaporkan beberapa kali menakut-nakutkan bapanya kandungnya dengan merosakkan barang-barang rumah mereka disebabkan tidak memberikan wang seperti diminta.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisionar Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan menerima laporan itu.
“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya kepada Sinar Harian.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan