16 Mei 2012

PAS Rembau sedia tabung bantu pelajar ke IPT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau mengambil inisiatif membuka tabung untuk membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani (gambar) berkata, masih terdapat pelajar yang tidak melanjutkan pengajian walaupn mendapat tawaran yang bagus kerana masalah kewangan.

Sehubungan itu, tabung ini diwujudkan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan bantuan untuk diberikan kepada mereka.

"Lajnah Kebajikan PAS Rembau menyeru kepada semua masyarakat agar lebih prihatin untuk mengenal pasti para pelajar yang menghadapi masalah sedemikian di kalangan sanak saudara, jiran tetangga serta ahli kariah," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada pelajar yang mempunyai masalah yang disebutkan tadi di DUN Paroi, Chembong, Kota dan Rantau yang berada dalam Parlimen Rembau boleh berbuat demikian melalui akaun berikut:

Nama akaun: PAS Kawasan Rembau
Bank: Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun: 05-012-01-007334-7

Mereka juga boleh menghubungi terus Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau, Haji Roni.

Harakah Daily

Tiada ulasan: