24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
GEORGETOWN - Seorang penyimpan barang kemas lama didakwa di Mahkamah Majistret, di sini semalam atas tuduhan memecah masuk serta mencuri barang bernilai lebih RM22,500.
Antara barangan yang berjaya ditemui pihak polis dalam milikan peniaga berkenaan ialah lensa kamera jenama Viogtlander dan Hoga, jam tangan Tissot, dua beg jenama LV dan satu beg Channel, serta sebentuk cincin permata.
Tertuduh, Teo Han Chin, 33, didakwa di mahkamah atas tiga pertuduhan yang berasingan.
Melalui pertuduhan pertama, Han Chin yang menetap di Cheras, Kuala Lumpur itu didakwa memecah masuk sebuah rumah di Sunny Ville Batu Uban pada 10 Januari 2012 bermula jam 6 pagi hingga 2.45 petang.
Terdahulu, pengadu mendakwa kehilangan tiga beg berjenama miliknya yang kesemuanya bernilai RM8,000.
Atas kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan sekiranya didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda atas kesalahan pecah rumah, sementara penjara sehingga 14 tahun bagi kesalahan pecah rumah serta mencuri.
Tertuduh juga boleh dikenakan hukuman denda atau sebat sekiranya ia adalah kes berulang buat kali kedua dan ketiga.
Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pada 17 Februari 2012 iaitu kira-kira jam 9.30 malam di Cheras.
Dalam milikannya, polis menjumpai tiga unit lensa kamera berjenama serta seutas jam tangan yang kesemuanya bernilai RM14,000.
Tertuduh yang hanya terdiam sehingga pertuduhan ketiga dibacakan, juga didakwa pada 18 Februari 2012 kira-kira jam 9.30 malam dengan niat menyimpan harta curi iaitu sebentuk cincin permata bernilai RM500 di rumahnya.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan sekiranya bersalah boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh ditawarkan jumlah ikat jamin sebanyak RM8,000, namun kemudiannya meminta ia dikurangkan.
Majistret, Noor Aini Yusof kemudiannya mengambil keputusan melepaskan tertuduh dengan ikat jamin sebanyak RM6,000.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan