24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
PENDANG – Seketul tunggul batu yang tersangkut di bahagian tayar kiri bahagian belakang kereta menyelamatkan sebuah keluarga apabila kereta yang dinaiki terjunam separuh ke dalam Sungai Pendang, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi dekat jambatan Pondok Hampar itu sebuah kereta jenis Proton Saga FL berwarna putih yang dipandu Mohd Azli Abu Bakar, 31, bersama isteri Siti Rofidah Abdul Wahab, 24, dan dua anak, Mohd Aiman Hakim, 3, dan anak bongsu, Siti Nur Addiyana Dalilah, 2, serta anak saudara Mohd Akmal Rizal Mohd Azmi, dari arah Pendang itu terbabas setelah terkejut melihat sebuah lori di hadapan berhenti di pangkal jambatan.
Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah Pendang, Mohd Izuddin Inus Meah berkata, pihaknya menerima panggilan hampir setengah jam selepas kemalangan itu berlaku.
Menurutnya, anggotanya bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan terdapat kanak-kanak yang menaiki kereta itu.
“Namun, hanya bahagian hadapan kereta sahaja yang terjunam ke dalam sungai disebabkan tayar kiri belakang tersangkut pada satu tunggul batu menyebabkan keluarga itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Anggota JPAM mengeluarkan kanak-kanak yang masih berada di dalam kereta kerana bimbang kereta itu akan terjatuh sepenuhnya kerana arus air sungai deras ketika itu,” katanya.
Mangsa, Mohd Azli ketika dihubungi Sinar Harian meluahkan rasa syukur kerana semua ahli keluarganya selamat terutamanya anak yang masih kecil.
Menurutnya, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari rumah di Kampung Datuk Kumbar ke rumah mertuanya di Kampung Selarong Pengkalan Hulu Perak kerana sudah lama tidak pulang menziarahi keluarga mertuanya.
“Kejadian itu berlaku ketika saya sedang berbual bersama isteri dan anak-anak, saya terkejut melihat sebuah lori di hadapan berhenti di pangkal jalan menyebabkan saya cuba mengelak namun, terbabas.
“Lori di hadapan berhenti untuk memberi laluan kepada sebuah lori dari arah bertentangan memandangkan jambatan itu terlalu sempit untuk dilalui dua kenderaan secara serentak.
Mohd Azli kemudiannya segera keluar dari kereta dan menyelamatkan anak-anak kerana bimbang kereta akan terjunam sepenuhnya.
Sinar Harian

1 ulasan:
Antara tugas malaikat Hafazoh adalah menjaga manusia sebelum tiba waktunya (mati).
Catat Ulasan