24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
PASIR PUTEH - “Tok Guru adalah seorang tokoh agama dan beliau adalah pemimpin utama parti serta pemerintah rakyat Kelantan, jadi tidak wajar jika beliau digambarkan sebagai ‘bapa kafir’,” kata Timbalan Ketua Penerangan Pas Pasir Puteh, Abd Halim Mohamed.
Menurutnya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya digambarkan sebegitu, kerana ia akan mendorong kemarahan rakyat Kelantan khususnya dan amnya rakyat Malaysia yang menyokong beliau.
Abd Halim berkata, perkara tersebut juga dilihat sebagai menghasut dan boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni kerana beliau sangat dihormati.
“Kami berharap kenyataan pihak berkenaan dalam sebuah blog dapat disiasat,” katanya .
Sebelum itu Pas Kawasan Pasir Puteh adalah pihak pertama yang membuat laporan polis berhubung isu tersebut iaitu pada 8 Mei lalu di Balai Polis Pasir Puteh.
Beliau berkata, mereka cukup kecewa dengan apa yang berlaku dan berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi.
Abd Halim berkata, sebagai seorang pemimpin yang dihormati Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya dilayan seperti itu lebih-lebih lagi ia terlalu sensitif kerana melibatkan soal agama.
“Perkara ini seharusnya diambil tindakan tegas supaya ia tidak berulang lagi pada masa akan datang dan kepada pihak lain diharap tidak mengulanginya.
“Ini kerana dengan apa yang berlaku rakyat boleh menilai sendiri siapa yang betul dan siapa yang tidak,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan