24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
DICKSON – Seekor penyu jenis agar atau nama saintifiknya chelonia mydas berusia sekitar empat tahun dipercayai tersangkut pada pukat nelayan sebelum ditemui mati terdampar di pantai berhampiran Regency Tanjung Tuan oleh orang ramai, semalam.
Pengurus Regency Tanjung Tuan, Mazlan Atan berkata, penyu tersebut ditemui sekumpulan pelancong yang menginap di Regency Tanjung Tuan sekitar jam 7 pagi di kawasan tapak bola tampar pantai.
“Kejadian ini agak mengejutkan kerana baru semalam (kelmarin) kami menemui hampir 70 ekor anak penyu dan sarangnya di sekitar pantai sama.
“Tetapi ini juga petanda bahawa kawasan pantai ini mula menjadi tumpuan penyu dan berharap selepas ini akan ada penemuan penyu mendarat untuk bertelur dan berkembang biak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menurutnya, tinjauan juga dilakukan di sekitar pantai dan mendapati terdapat beberapa kesan laluan anak penyu sama seperti yang ditemui semalam (kelmarin) oleh petugas kami sebaik menemui anak penyu berkeliaran.
“Kami mengesyaki ada lagi sarang telur penyu di sini dan wakil Pusat Penetasan Penyu Glory Beach Resort turut membuat pemeriksaan,” katanyua.
Sementara wakil Pusat Penetasan Penyu Glory Beach Resort, Hishamudin Abd Manap berkata, berdasarkan keadaan bangkai tersebut, penyu itu dipercayai telah mati sejak dua hari lalu dan berukuran 50 sentimeter.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan pada leher penyu tersebut.
“Ada kemungkinan penyu ini mati tersangkut pada pukat nelayan berdasarkan kecederaan pada bahagian kepalanya. “Penyu jenis ini biasanya mati tersangkut pada pukat tunda atau jaring pukat pari sebelum dibuang ke laut lalu dihanyutkan ombak ke pantai,” katanya.
Hishamudin berkata, beberapa minggu lalu, penyu berusia lingkungan 10 tahun juga ditemui orang ramai mati di kawasan Pantai 1 Telok Kemang.
“Penyu itu juga dipercayai mati akibat tersangkut pada pukat nelayan berdasarkan kesan kecederaan di bahagian lehernya,” katanya.
Katanya, nelayan yang tertangkap penyu dengan tidak sengaja semasa menjaring ikan hendaklah segera melepaskannya manakala jika penyu itu didapati cedera perlu segera dibawa ke Pusat Penetasan Penyu di Glory Beach Resort untuk tujuan pemulihan.
“Nelayan atau orang ramai yang melihat penyu ataupun menjumpai telur boleh segera menghubungi Pusat Penetasan Penyu Glory Beach Resort di talian 06-6516888 atau saya sendiri di talian 012-6430677,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan