17 Rejab 1433H. [MOD] -
DAMSYIK: Tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad didakwa melakukan pembunuhan terbaru membabitkan 100 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak di sebuah perkampungan di tengah Syria, semalam.
“Kami menjumpai 100 mayat di kampung Al-Kubeir” di tengah Wilayah Hama, termasuk 20 wanita dan 20 kanak-kanak," kata jurucakap Majlis Kebangsaan Syria, Mohammed Sermini, hari ini.
Beliau mendakwa rejim baru presiden itu bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai itu.
Beberapa sumber juga mengesahkan berlaku pembunuhan beramai-ramai di tempat sama termasuk dakwaan oleh Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang memberi jumlah kematian 87 orang. - AFP
1 ulasan:
syaitan kafir laknatullah bashar dan syaitan2 shiah alawiyah penyembah syaitan.
Catat Ulasan