17 Rejab 1433H. [MOD] -
TURUN selaku pasukan underdog, Greece mahu membuktikan telahan itu berbeza dalam saingan Euro 2012 dengan berjuang habis-habisan, sekali gus ulangi kejayaan manis menjulang kejuaraan dalam kempen Euro 2004.
Pemain tengah Greece, Giorgios Karagounis menyifatkan ia hanya teori dan bukan sesuatu luar biasa.
"Perkara sama berlaku pada 2004, dan kami akhirnya memenangi pertandingan. Kami tahu potensi masing-masing dan tidak mengharapkan orang lain untuk memberitahu apa kelebihan atau kekurangan pasukan.
"Kami tidak berminat untuk tahu apa ramalan yang dibuat pakar kerana kami hanya akan fokus pada tanggungjawab dan melakukan yang terbaik," katanya yang mengakui tertekan berdepan perlawanan pembukaan menentang Poland, Sabtu ini.
Optimis dengan kebolehan rakan sepasukan, beliau mahu membantu pasukan kendalian Fernando Santos dengan berjuang habis-habisan sehingga tamat perlawanan.
"Poland pasti mendapat sokongan lebih 50,000 peminatnya, tetapi bagi pasukan kami masih ada rakyat Greeks yang menonton dan kami mahu membuat mereka gembira dengan perlawanan ini," katanya.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan