17 Rejab 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: “Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau menyatakan demikian menerusi twitter berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai demonstrasi sekumpulan NGO di Kota Darulnaim semalam.
“Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro Umno di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya.
“Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah,” tulis beliau.
Tetapi beliau yang juga Mursyidul Am PAS ingin mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti itu, semuanya hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno.
Percayalah, tegasnya Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti.
Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka.
Harakah Daily
2 ulasan:
Penyangak penyangak dlm UMNO di semua peringkat memang dah muka tembok!Tak ada rasa malu dah, lihat saja isu isu pembohongan dlm akhbar dan TV mereka tiap hari! Istilah istilah meloya ,memual dan menjijikan serta memalukan dudah jadi ucapan dan membasahkan lidah mereka. memang sudahj tidak beradab! Cakap sudah meraban, sudah jauh dari amalan mulia islam, konon negara Islam tapi perilaku mereka....setaraf zaman jahiliayah di Zaman sebelum Islam.saya tak fikir mereka kini waras, sebsaliknya makin gabra takut hilang kuasa !Tunggulah ...banyak peribahasa melayu boleh diteladani!
Inilah dikatakan Melayu paling bodo yang telah dilahirkan oleh Bee End, nak tau kenapa orang nak buat Lebuhraya percuma pun protes.
Apa le jenis manusia ni. Aku rasa la mereka ini otak dah silap servis yang baik dikatakan salah yang salah dikata baik.. mana pejuang melayu tak nak join ke.. Kelab bodoh ni.
Catat Ulasan