17 Rejab 1433H. [MOD] -
PIHAK polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membanteras sindiket judi membabitkan kejohanan bola sepak Euro 2012 yang akan bermula esok.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya sedang memantau laman web dan laman sosial berkaitan.
“Kita memang ada jalankan kerjasama dengan SKMM bagi membanteras perjudian ala bookie itu,” katanya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin sebelum ini berkata, terdapat beberapa individu termasuk orang kenamaan (VIP) di negara ini dikesan menjadi dalang yang menaja sindiket judi bola sepak Euro.
Berdasarkan maklumat awal dan pengamatan menerusi Ops Soga yang dilancarkan polis bagi membanteras jenayah pertaruhan bola pada 1 Mei lalu, Mohd Bakri berkata, individu tersebut telah membuat pelaburan besar untuk menggerakkan operasi berkenaan yang melibatkan keuntungan berbilion ringgit. - Bernama
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan