17 Rejab 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 7 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) berpendirian keputusan kerajaan membenarkan parti-parti politik membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi televisyen adalah tidak memadai untuk akses pilihan raya yang adil.
Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi (gambar) berkata, meskipun DMPP menyambut baik keputusan itu, namun kerajaan juga harus memberi ruang kepada parti-parti politik menerangkan manifesto mereka dan menjawab segala tohmahan kerajaan kepada Pakatan Rakyat (PR).
"Sekadar memberi ruang kepada pembentangan manifesto tidak mencukupi. Apatah lagi ketika Umno BN sepanjang masa melontarkan fitnah terhadap PR melalui 24 jam siaran TV dan radio yang dikuasi mereka.
"Ruang dan peluang yang lebih adil dan berimbang kepada semua parti politik dalam menjayakan demokrasi pilihan raya mesti berjalan dan terpakai kepada semua tanpa memilih bulu," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan pembentangan manifesto parti-parti politik dalam waktu yang dihadkan.
Aiman berkata, tiada guna PR diberi masa satu atau dua jam untuk membentangkan manifesto tetapi selepas itu PR diserang dan diperlekeh sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.
Justeru katanya, pengumuman Rais itu seperti melepaskan batuk di tangga dan usaha mengaburi mata rakyat kononnya kerajaan melaksanakan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
"DMPP percaya pengumuman ini hanyalah suatu tindakan silap mata bertujuan mengaburi kesedaran rakyat, membohongi rakyat yang kononnya kerajaan telah memenuhi tuntutan Bersih 2.0.
"Kita yakin dan percaya pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak) kini sangat tertekan dengan kesedaran dan kebangkitan rakyat," katanya lagi.
Walau bagaimanapun ujarnya, rakyat konsisten mendesak kerajaaan memenuhi lapan tuntutan Bersih, salah satunya akses media yang adil kepada semua parti.
"Sbg pihak DMPP cabar pentadbiran Najib agar berani dan matang dalam menghadapi rakyat. Jangan asyik menjerit meminta pimpinan PR jadi anak jantan tapi Umno BN sendiri jadi pondan," tegasnya.
Harakah Daily
2 ulasan:
tektik lembu umno.
konon bagi siar manifesto PR kt tv.
lepas siar manifesto.....maka akan keluarlah sorang2 lembu2 umno utk memberi komen yg mengbodohkan rakyat mengenai manifesto PR itu.
bila pemimpin PR nk jawab sure tidak akan diberi ruang.
sudahlah rtm, siarkan ajelah dokumentari bagaimana cara menternak lembu fidlot.
tektik pembohong umno
dia bagi siar manifesto saja, tp tk bagi pemimpin PR mengulas
kemudian dia akan panggil ramai2 langau2 umno utk ulas dan burukkan manifesto PR tanpa dpt dijawab.
semua akan ulas kata manifesto PR tidak realistik dan negara bakal bangkrup.
sudahhhh laaaa labuuuuuu
melihat lubang hidung mu tetaaap aku tau niat hati mu.
takkaaaaaaaaaaaaaaaann lah rasi nk bagi peluang kepada PR sehingga umno kalah teruk. nnti amah tu datang semula kt KL utk repot kena ehek ehek ehek oleh rais.
so rais, fikir2 lah.....
lebih baik umno dituduh berat sebelah dpd menipu dgn siaran berat sebelah. lebih baik tk bagi langsung peluang kt PR masuk tv.
anyway yg mana satu pun pilihan anda, bn dan umno sudah saatnya ajal...tidak tercepat atau terlambat sesaat pun. semua dalam 'poket' Allah swt.
Catat Ulasan