17 Rejab 1433H. [MOD] -
TIDAK tahu di mana dan apa puncanya, nasib Ukraine tidak ubah seperti sudah jatuh ditimpa tangga.
Sudahlah tewas 0-2 kepada Turki pada aksi persahabatan, kelmarin, kini 10 pemain skuad kendalian Oleg Blokhin pula ditimpa malang apabila diserang sakit perut, sedangkan perlawanan pertama menentang Sweden hanya tinggal tiga hari lagi.
Lebih membimbangkan pemain tengah Anatoliy Tymoshchuk masih dirawat di hospital. Selain penyerang Andriy Voronin, pertahanan Bohdan Butko dan pemain tengah Denys Garmash turut ditimpa nasib sama.
“Keadaan Tymoshchuk tidak begitu baik, dan perlu sentiasa dipantau. Ini bukan cerita kelakar dan kami masih menunggu laporan doktor.
“Saya tidak tahu apa puncanya kerana masing-masing makan makanan berbeza dan kami hanya ada kurang seminggu untuk memulihkan keadaan.
“Bagaimanapun nasib kami baik kerana tidak terkena pada hari perlawanan,” katanya yang mungkin akan meneruskan perlawanan menentang Sweden dan tidak mahu jadikan perkara itu sebagai alasan untuk tidak melengkapkan jadual perlawanan.
Bagaimanapun sekiranya Butko dan Garmash enggan beraksi, kemungkinan Blokhin akan membatalkan pertemuan dengan Sweden berikutan kekurangan pemain.
Pada aksi kelmarin, Bolkhin menurunkan lima pemain simpanan termasuk ketua pasukan Andriy Shevchenko.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan