17 Rejab 1433H. [MOD] -
MENANG besar 4-0 ke atas Estonia pada aksi persahabatan, belum cukup buat jurulatih Perancis, Laurent Blanc berpuas hati dengan keseluruhan jentera pasukannya apatah lagi pertahanan dilihat masih belum cukup kukuh.
Blanc bagaimanapun akui kemenangan tersebut melonjak moral pemain, namun apa yang lebih membimbangkan tempoh masa yang tinggal kurang empat hari untuk dia segera perbaiki bahagian penting itu bagi menghadapi England, Selasa depan.
“Kemenangan ini penting untuk menaikkan keyakinan pemain. Walaupun sekadar aksi persahabatan dan lawan kami juga tidaklah sekuat perlawanan sebelum ini ketika menentang Serbia dan Iceland.
“Ironinya, masih ada tidak kena dengan bahagian pertahanan. Saya tidak bimbang, tetapi ada sesuatu perlu dititikberatkan.
“Kebimbangan ini tidak bermaksud saya mahu menambah lagi masalah yang ada.
Cuma saya harap kami benar-benar bersedia menghadapi perlawanan ini,” katanya.
Kelmarin, Karim Benzema muncul wira pada aksi pemanas badan terakhir sebelum kempen bermula apabila meledak dua gol sebelum Franck Ribery menghadiahkan gol pertama dengan Jérémy Menez menyempurnakan gol kemenangan pada minit ke-90.
“Kemenangan ini penting sebelum kami memulakan saingan minggu depan dan saya mahu pasukan kekal konsisten serta berjaya melepasi pusingan peringkat kumpulan,” kata penyerang Real Madrid itu.
Selain diundi bersama England, Les Blues turut bersaing dengan Ukraine dan Sweden dalam kumpulan D.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan