17 Rejab 1433H. [MOD] -
LUDOVIC Obraniak menafikan ketegangan dalam rakan sepasukannya selepas memilih untuk bersama negara kelahiran datuknya, Poland dalam saingan Euro 2012.
Dalam laporan sebuah majalah baru-baru ini, pemain yang berasal dari Perancis itu mengakui kurang selesa bersama barisan skuad Franciszek Smuda, namun tetap optimis mampu memperoleh hak kerakyatan menerusi datuknya.
Rakan sepasukannya Damien Perquis, turut merasai perkara sama apabila kehadiran mereka dipertikai dan dikatakan tidak berguna kepada negara.
Bagaimanapun, bekas pemain Lille ini pantas menafikan kenyataannya sambil mengakui gembira dapat bersama rakan sepasukan dan tekad membantu Poland menjuarai Euro musim ini.
"Saya sudah tinggal di sini selama tiga tahun dan saya orang Poland. Malah, persekitaran dalam pasukan juga sangat baik dan saya gembira berada di sini," katanya.
Bialo-czerwoni bakal berdepan Greece pada aksi pembukaan turut diundi dalam Kumpulan A bersama Republik Czech dan Rusia.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan