07 Jun 2012

Euro 2012: Kecederaan pemain tidak jejas pemain

17 Rejab 1433H. [MOD] -

PASUKAN England mengesahkan 23 pemainnya telah bersedia untuk menjalani sesi pemulihan kecederaan dan kecergasan sebelum sepak mula Kejohanan Euro 2012 menentang Perancis 12 Jun ini.

Kecederaan yang melanda John Terry, Danny Welbeck, Steven Gerrard, Glen Johnson, Gary Cahill dan Scott Parker seakan memberi petanda buruk kepada pasukan yang diundi dalam Kumpulan D ini seandainya tidak dipulih dalam kadar segera.

Pengendali pasukan, Roy Hodgson tetap optimis bahawa kecederaan anak buahnya akan pulih dalam masa beberapa hari lagi sebelum saingan sebenar bermula.

"Keadaan Cahill agak membimbangkan dan kita harap ia hanya kecederaan biasa sahaja supaya tidak menjejaskan aksinya dalam perlawanan dalam Euro kali ini," katanya.

Belum masa menekan butang panik, Hodgson mahu memastikan kecergasan barisannya mahu mencapai tahap terbaik bagi memastikan tiada lagi kecederaan berulang sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Sinar Harian

Tiada ulasan: