17 Rejab 1433H. [MOD] -
SELEPAS mencatat kemenangan 2-1 ke atas Serbia pada aksi pemanas badan terakhir, Sweden tanpa berselindung percaya peluang mereka melangkah lebih jauh dalam saingan kali ini, amat cerah.
Bahkan kejayaan menumpaskan Iceland 3-2 pada aksi akhir Mei lalu, turut melonjak keyakinan skuad jurulatihnya, Erik Hamren yang bakal berdepan tuan rumah bersama Ukraine, Selasa depan.
“Keputusan dua perlawanan amat penting dalam memperlihatkan hala tuju pasukan ini, namun kami perlu bekerja keras untuk capai matlamat sebenar di sini.
“Tidak mustahil Sweden juga mampu melakar kejutan dan melangkah kepusingan kalah mati. Seperti yang saya katakan sebelum ini, walaupun tiga keputusan perlawanan persahabatan sebelum ini menyebelahi pasukan, namun kami masih perlu bekerja keras untuk capai matlamat,” katanya.
Sweden bagaimanapun meniti laluan berliku apabila diundi bersama Ukraine, England dan Perancis dalam kumpulan D.
Untuk rekod, kali terakhir Sweden melangkah ke suku akhir adalah pada aksi 2004.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan