17 Rejab 1433H. [MOD] -
SUNGAI PETANI – Keinginan seorang lelaki untuk mati dan sering diungkap akhirnya menjadi kenyataan dan mengejutkan kedua orang tuanya apabila ditemui mati tergantung di dapur rumahnya ketika tinggal berseorangan dalam kejadian di Taman Sutera, di sini, kelmarin.
Tindakan itu bukan sahaja mengejutkan ahli keluarganya, malah mangsa turut meninggalkan satu nota terakhir kepada kedua ibu bapanya sebelum meninggal.
Lim Jia Mao, 28, dikatakan sempat menulis nota itu di sebuah buku latihan yang menyuruh kedua ibu bapa jangan bersedih akibat kematiannya dan mengakui dirinya sendiri
bersalah dan tidak berguna.
Mangsa, yang juga seorang penjual ikan telah berkali-kali menyatakan hasrat ingin mati, namun luahan itu hanya dianggap sebagai gurauan oleh keluarganya.
Menurut ibunya yang enggan dikenali berkata, beberapa hari sebelum kejadian, mangsa pernah memberitahu ingin mati, namun tindakan itu dibantah ibunya.
“Dia pernah beberapa kali beritahu saya dia ingin mati, tetapi saya melarangnya berkata begitu. Tak sangka dia nekad bertindak sedemikian,” katanya.
Difahamkan, jam 5 petang pada hari kejadian, jirannya ada melihat mangsa sebelum bapa mangsa keluar rumah, manakala ibunya keluar bekerja.
Bagaimanapun, sebaik sahaja ibunya sampai di rumah kira-kira jam 7 malam, diamendapati anaknya sudah tidak sedarkan diri dengan keadaan sebelah kaki berada di atas kerusi dan sebelah lagi sudah ada di atas lantai.
“Di atas meja makan pula terdapat sebungkus mi segera yang masih belum dimasak.
Setahu saya mangsa memang sukakan mi segera,” katanya.
Menurutnya, Jia Mao juga ada berkenalan dengan seorang gadis dan menyatakan hasrat ingin berkahwin hujung tahun ini, bagaimanapun majlis itu terpaksa dibatalkan atas
sebab tertentu.
Pihak polis yang menerima maklumat terus ke lokasi kejadian bagi menyiasat kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk upacara pengebumian.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan