17 Rejab 1433H. [MOD] -
LONDON 7 Jun - Seorang lelaki di Scotland maut akibat wabak penyakit Legionnaire dengan 17 kes jangkitan sama akibat virus maut itu disahkan, kata pihak berkuasa di Edinburgh, semalam.
Menteri Kesihatan Scotland, Nicola Sturgeon berkata, ketika ini, terdapat 22 kes yang mempunyai simptom sama dengan wabak itu dan jumlahnya dijangka meningkat hari ini.
Lelaki yang meninggal dunia itu berumur lingkungan 50-an kerana mengalami ‘masalah kesihatan tersembunyi’ dan lokasi sebenar penularan wabak tersebut masih tidak dapat dipastikan. - DPA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan