18 Rejab 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa terhadap atlet beragama Islam yang akan menyertai sukan Olimpik pada bulan Ramadan bermula 27 Julai ini.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpandangan walaupun Malaysia mempunyai peserta bukan Islam tetapi bagaimana dengan peserta Islam yang bertanding bagi acara yang tidak sesuai untuk berpuasa sama ada etika berpakaian yang tidak sesuai dengan Islam.
Setiausaha Agung, Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid juga berkata, adalah tidak sesuai untuk umat Islam menggadaikan kesucian Ramadan hanya kerana hendak mengejar medal Olimpik.
"Itu adalah sesuatu yang tidak wajar, peserta umat Islam perlu utamakan penghormatan bulan Ramadan dan etika bersukan di peringkat antarabangsa. Pendirian Majlis Fatwa dapat menjelaskan perkara ini," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau melahirkan kebimbangan terhadap senario ini, apabila kewajaran Olimpik memulakan 'precedent' pada bulan Ramadan tambahan pula umat Islam seluruh dunia tidak ambil kisah maka tidak mustahil ia boleh dilakukan lagi selepas ini.
"Bila acara dunia seperti ini memulakan pada bulan Ramadan pun kita tidak kisah, maka sudah menjadi alasan mereka tidak ambil kisah tentang sensitiviti agama selepas ini," katanya.
Jelasanya, senario ini menunjukkan barat tidak ambil kisah tentang agama walaupun mereka sering kata menghormati agama Islam di peringkat dunia.
Bagi Mapim, penentu atur cara Olimpik sepatutnya dari awal memastikan tidak berlaku pada bulan Ramadan sebagai menghormati penyertaan peserta-peserta dari negara Islam.
Dan, Mapim tidak menolak penganjuran ini wujudnya unsur-unsur tidak menghormati budaya dan agama di peringkat global.
"Apabila teruskan jadual itu maka negara-negara Islam harus bersepakat untuk menentukan sikap sama ada sesuai atau tidak peserta Islam menyertai sukan itu. Sudah tentu ianya adalah suatu hak negara untuk tentukan sama ada mahu menyertai atau tidak kerana alasan agama," katanya.
Mapim melahirkan kekecewaan malah membantah sikap penganjur sukan Olimpik yang tidak bersikap toleransi dengan budaya dan agama tidak diambil kira, dalam acara itu memperjelaskan lagi bahawa agenda global sudah menguasai sampai mengenepikan unsur-unsur agama.
Sementara itu, Angkata Belia Islam Malaysia (Abim) turut mempunyai pandangan yang sama di mana Majlis Fatwa Kebangsaan juga wajar menasihati pimpinan negara bagi mengatasi masalah ini.
Ini kerana menurut Presiden Abim, Amidi Abd Manan ada yang berpendapat dibenarkan meninggalkan puasa Ramadan kerana bersukan dan perkara ini perlu diperjelaskan sebaiknya.
"Kalau kita diniatkan untuk bermusafir di Olimpik nanti untuk dibenarkan tidak berpuasa, kita harus ingat musafir ada tempoh tempoh tertentu. Malah ada ramai juga mengatakan kalau kita turun tengok bola, itupun dalam negara kita tidak boleh dikira musafir," katanya.
Bagaimanapun beliau akan berbangga sebagai orang Islam dan warga negara Malaysia jika melihat atlet negara yang sanggup tarik diri kerana pentingkan syariat.
"Tinggal puasa semata-mata untuk raikan Sukan Olimpik perkara ini perlu diperhalusi kerana ia menjadi contoh kepada masyarakat, kerana dibimbangi alasan ini akan dipakai selepas ini.
Perlu tengok luas-luas perkara ini," katanya.
Sukan Olimpik 2012 dijadualkan berlangsung di London bermula 27 Julai sehingga 12 Ogos, sebanyak 204 buah negara menyertai sukan ini termasuklah negara Islam. Kira-kira 10, 250 atlet akan bertanding dalam 300 acara dan 26 sukan.
Terdahulu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, terpulang kepada atlet berkenaan sama ada mahu meneruskan puasa mereka apabila beraksi di pentas Olimpik nanti walaupun beliau secara peribadi menganggap bersukan juga satu perjuangan dan ada ketikanya ibadat itu dibolehkan untuk digantikan pada waktu lain.
Harakah Daily
2 ulasan:
tak pernah diajar nabi, perang pun nabi puasa, apakejadahnya dengan olimpik ni.
Kepada Tanpa Nama berkata...
Berhati2 menulis mengenai Rasulullah, jika salah dosanya amat besar. Semak semula kenyataan baginda berpuasa semasa perang.
Catat Ulasan