08 Jun 2012

Euro 2012: Siapa kegemaran anda

18 Rejab 1433H. [MOD] -

Kehangatan kejohanan bola sepak benua Eropah [EURO] 2012 sememangnya dirasai oleh peminat-peminat sukan ini. Sebelum ini penganjur bersama kejohanan ini adalah Austria dan Switzerland, kini giliran Poland dan Ukraine menjadi tuan rumah bersama dalam kejohanan kejohanan EURO 2012 yang dijangka akan berlansung pada 8 Jun esok.

Kejohanan berprestij ini menampilkan 16 buah negara termasuklah skuad-skuad bola sepak gergasi Eropah seperti England, Italy, Jerman dan juga juara EURO 2008 Sepanyol. Memetik dari satu portal rasmi TV3, “bermula 8 Jun hingga 1 Julai nanti, TV3 selaku rakan penyiar bersama Maxis, penaja utama siaran, bakal memberi anda liputan eksklusif setiap hari menerusi pelbagai rancangan, antaranya, Score Board (TV3), Grand Stand (TV3), Sorak Borak (TV3), Kaki Bola (TV9) dan peraduan “Be A Fan” di ntv7!”.

Ketua Eksekutif barangan sukan Jerman, Herbert Hainer juga turut mengulas mengenai bola Adidas yang bakal digunakan di dalam kejohanan EURO kali ini. Kata beliau, “pastinya, kami mencipta bola lebih pantas dan mahu menyaksikan lebih banyak gol dijaringkan pada saingan di Poland dan Ukraine nanti”.

Kejohanan yang menampilkan nama-nama besar di dalam bintang bola sepak ini turut mengundang para penonton untuk menonton perlawanan ini. Bahkan rata-ratanya mempunyai pasukan pilihannya yang tersendiri dan mereka mengharapkan pasukan pilihan mereka untuk menjuarai kejohanan EURO kali ini.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Saudara Khairul Faizi juga dilihat antara yang mengikuti perkembangan EURO ini. Beliau sendiri telah memilih Belanda sebagai pasukan pilihannya.

“Kenapa saya pilih Belanda? Pertama kerana ranking. Belanda berada di kedudukan kedua selepas Spanyol. Kedua, Belanda dibarisi dengan skuad pemain bertaraf dunia seperti Wesley Sneijder, Rafael van der Vaart ,Dirk Kuyt , Arjen Robben dan Robin van Persie. Ketiga, sebab jersi Belanda berwarna JINGGA”, ulas beliau di dalam portalnya.

Selain daripada anak muda, ternyata kejohanan-kejohanan besar seperti ini turut juga diminati oleh ahli-ahli politik. Ustaz Nasrudin juga adalah antara peminat tegar sukan bola sepak. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Malaysia turut memilih Spanyol sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan pada kali ini.

“Saya rasa Sepanyol antara pasukan kegemaran untuk memenangi EURO kali ini. Mereka bukan sahaja memiliki pemain-pemain bertaraf dunia seperti Xavi, Aniesta tetapi majoriti pemain-pemain dari negara ini bermain di liga Eropah dengan kelab-kelab bertaraf dunia seperti Barcelona, Real Madrid. Jadi apabila tenaga ini digabungkan di dalam satu pasukan pasti impaknya sangat memberansangkan.

Bukan itu sahaja, mereka juga pernah memenangi kejohanan FIFA 2010 di Afria bahkan mereka juga berjaya menjulang trofi Henri Delaunay sebanyak dua kali di dalam kejohanan EURO selain Prancis”, beliau mengulas panjang.

Berikut merupakan jadual perlawanan yang dibawa secara langsung di TV3:

TARIKH
PERLAWANAN
MASA
8 Jun 2012, Jumaat
Poland lwn Greece
12.00 tgh mlm
9 Jun 2012, Sabtu
Belanda lwn Denmark
12.00 tgh mlm
10 Jun 2012, Ahad
Ireland lwn Croatia
2.45 pagi (Isnin)
11 Jun 2012, Isnin
Ukraine lwn Sweden
2.45 pagi (Selasa)
12 Jun 2012, Selasa
Greece lwn Republik Czech
12.00 tgh mlm
13 Jun 2012, Rabu
Belanda lwn Jerman
2.45 pagi (Khamis)
14 Jun 2012, Khamis
Sepanyol lwn Ireland
2.45 pagi (Jumaat)
15 Jun 2012, Jumaat
Sweden lwn England
2.45 pagi (Sabtu)
16 Jun 2012, Sabtu
Greece lwn Russia
2.45 pagi (Ahad)
17 Jun 2012, Ahad
Belanda lwn Portugal
2.45 pagi (Isnin)
18 Jun 2012, Isnin
Itali lwn Ireland
2.45 pagi (Selasa)
19 Jun 2012, Selasa
England lwn Ukraine
2.45 pagi (Rabu)
22 Jun 2012, Jumaat
Suku Akhir 2
2.45 pagi (Sabtu)
23 Jun 2012, Sabtu
Suku Akhir 3
2.45 pagi (Ahad)
28 Jun 2012, Khamis
Separuh Akhir
2.45 pagi (Jumaat)
1 Julai 2012, Ahad
Akhir
2.45 pagi (Isnin)

harakahdaily/-

Tiada ulasan: