30 Rejab 1433H. [MOD] -
JURULATIH Croatia, Slaven Bilic berkata, Sepanyol bukan lagi kuasa bola sepak dunia.
Menurutnya, pasukan bimbingan Vicente del Bosque itu semakin kehilangan magis malah keupayaan mereka mempertahankan kejuaraan Euro kali ini semakin diragui.
Gagal ke pusingan suku akhir, Bilic berkata, anak didiknya mampu menewaskan juara dunia itu sebelum jaringan Jesus Navas pada minit ke-88 memastikan Croatia tersingkir daripada kejohanan.
"Kami mungkin boleh menang. Mereka bekas juara bertahan dan juara dunia tetapi saya tidak melihat mereka sebagai pasukan pilihan.
"Jika bukan kerana kecemerlangan penjaga gol mereka (Iker Casillas), kami pasti mendapat gol menerusi tandukan Ivan Rakitic pada minti ke-59.
"Kami telah gagal. Tapi saya percaya pasti ada pasukan lain yang mampu menewaskan mereka dalam kejohanan ini," katanya yang akan menyertai Lokomotiv Moscow sebaik sahaja kempen Euro, berakhir.
Untuk rekod, Croatia berjaya menjaringkan empat gol dalam peringkat kumpulan dalam empat penyertaan mereka di Euro pada 1996, 2004, 2008 dan 2012.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan