30 Rejab 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Biarpun menghormati pendirian Malaysia untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara luar, Malaysia tetap tidak boleh terlepas pandang dengan isu membabitkan kemanusiaan dan kezaliman.
Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, berkata Malaysia perlu menyatakan pendirian dan memberikan respons segera, khususnya berkaitan kezaliman yang berlaku di Syria.
"Biarpun memahami Malaysia tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, khususnya berkaitan ekonomi negara tertentu, isu-isu berkaitan kezaliman terhadap rakyat seperti di Syria tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan memerlukan respons segera daripada kerajaan," tegas beliau, di Dewan Rakyat, pagi tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan ketika sesi soal jawab lisan, hari ini.
Dalam soalan asalnya, Nasharudin meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah sikap kerajaan dalam menjalin hubungan dengan negara-negara Timur tengah yang baru membentuk kerajaan selepas 'Arab Spring' yang berlaku dalam tempoh setahun yang lepas.
Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Luar Negeri, A. Kohilan Pillay berkata Malaysia tidak berdiam diri terhadap krisis Syria, sebaliknya tegas melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Negara-negara Islam (OIC) untuk mencari penyelesaian terbaik.
Sejak 16 Mac lalu, pembunuhan terhadap golongan dewasa, wanita dan kanak-kanak dilakukan oleh golongan yang menentang Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di negara itu sejak 40 tahun yang lalu.
Terkini, rakyat bangun dengan lebih bersemangat bila ditindas ditambah lagi dengan para tentera Syria yang berpaling tadah meninggalkan rejim ini yang mencecah 200,000 orang.
Harakah Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan