30 Rejab 1433H. [MOD] -
PENJAGA gol Itali, Gianluigi Buffon berterima kasih kepada pasukan Sepanyol kerana 'membantu' mereka melangkah ke pusingan suku akhir.
Awal pagi semalam, Azzurri berdepan penyingkiran andai Sepanyol dan Crotia menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 2-2.
Namun, jaringan Jesus Navas pada minit ke-88 memastikan Sepanyol mengatasi Croatia 1-0, sekali gus membuka pintu buat anak buah Cesare Prandelli melangkah ke pusingan kalah mati.
Kemenangan itu juga melenyapkan spekulasi menjelang hari perlawanan yang mendakwa kedua-dua pasukan berpakat untuk seri bagi menyingkirkan Itali daripada Euro.
"Sebelum perlawanan, banyak perkara bermain di fikiran saya ditambah pula dengan spekulasi seri Sepanyol-Croatia.
"Tapi saya percayakan Sepanyol, terima kasih kepada mereka," katanya. Sementara itu bercakap mengenai kemenangan pertama Azzurri dalam saingan Kumpulan C, Buffon berkata, pasukannya layak mendapat kemenangan tersebut.
"Kerja keras kami berbaloi dan kemenangan 2-0 ke atas Republik Ireland amat bermakna buat kami," katanya.
Mengulas dua jaringan yang dihasilkan Antonio Cassano dan Mario Balotteli, Buffon berkata, dua penyerang berjaya menjaringkan gol. Ia petanda baik buat pasukan Itali.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan