30 Rejab 1433H. [MOD] -
BEKAS jurulatih Portugal, Carlos Queiroz menyifatkan skuad bimbingan Paulo Bento bakal berhadapan masalah besar menjelang perlawanan suku akhir menentang Republik Czech andai Cristiano Ronaldo gagal memberikan persembahan bertenaga dan berkualiti.
Katanya, kejayaan Portugal melangkah ke suku akhir banyak bergantung kepada bintang Real Madrid, malah Queiroz mahukan pemain berkenaan terus mempamerkan aski bertenaga ketika menewaskan Belanda 2-1 dalam
perlawanan ketiga dalam Kumpulan B sebelum ini.
"Ronaldo merupakan aset penting dalam skuad Seleccao, beberapa tahun sebelum ini Portugal mempunyai Luis Figo, Rui Costa, Paulo Sousa dan Fernando Couto.
"Bila mereka bersara, Ronaldo muncul. Kebolehannya mengawal bola dan melakukan jaringan sememangnya terbukti dan semua melihatnya," katanya.
Bintang Real Madrid itu menunjukkan keheba tan dan menepis kritikan peminat bola sepak mengenai tahap permainannya apabila meledak dua gol ketika membenam Belanda dalam saingan peringkat kumpulan B yang membawa kepada kejayaan pasukannya melangkah ke peringkat suku akhir mengiringi Jerman.
Portugal berada di tangga kedua Kumpulan B bakal berhadapan Republik Czech dalam saingan suku akhir selepas pasukan bimbingan Michal Bilek mengungguli Kumpulan A
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan