30 Rejab 1433H. [MOD] -
MAHANG, KULIM - Seorang remaja perempuan berusia 22 tahun ditemui mati di biliknya kira-kira jam 9 pagi kelmarin setelah mengadu batuk dan sukar bernafas.
Mangsa sebelum ini merupakan seorang pelajar pintar dan pernah mendapat rawatan di Hospital Kulim sejak dua tahun lalu tetapi doktor pakar gagal mengesan penyakit dialaminya.
Bapa mangsa berkata, lebih membimbangkan apabila badan anaknya beransur kurus kerana tidak mempunyai selera makan.
“Pada jam 9 pagi anak saya kata dia penat dan ingin berehat, saya menyuruhnya berehat di biliknya. Tiba-tiba saya terdengar mangsa batuk kuat dan pergi kepadanya. Mangsa mula sesak nafas dan keadaannya semakin tenat.
"Kami kemudiannya memaklumkan kepada pusat kesihatan yang ada di tempat kami untuk bantuan kecemasan. Kakitangan ambulan kemudiannya membuat pemeriksaan dan mereka mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia,” katanya.
Atas persetujuan waris, mayat mangsa tidak dihantar ke hospital untuk dibedah siasat sebaliknya mereka terus menjalankan upacara pengebumian.
Ketua PKR cabang, Saari Fadzil Hud yang turut hadir ke rumah mangsa memberi sumbangan wang tunai secara peribadi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salih berkata, polis menjalankan siasatan terhadap kematian mangsa mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan