5 Syaaban 1433H. [MOD] -
MOMBASA: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa lagi cedera selepas bom tangan meletup di sebuah bar di kawasan tumpuan pelancong di Mombasa ketika pengunjung sedang menonton bola sepak Euro 2012, awal pagi tadi.
Tiga yang cedera dalam serangan bom itu dilaporkan dalam keadaan kritital, kata Ketua Polis Wilayah, Aggrey Adoli.
Ketika serangan berlaku di Jericho Bar di kawasan padat penduduk itu, pengunjung dan peminat bola sepak sedang menonton perlawanan suku akhir antara England dan Itali.
“Serangan berlaku jam 10 malam waktu tempatan. Seorang terbunuh dan beberapa lagi cedera," kata polis.
Seorang saksi, George Lado, memberitahu AFP: “Ramai yang cedera. Saya lihat satu kawasan di dalam bar yang tiba-tiba meletup dan saya terus keluar menyelamatkan diri."
Serangan itu berlaku selepas sehari Kedutaan Amerika Syarikat di Kenya mengeluarkan amaran kemungkinan wujud serangan pengganas apabila polis tempatan menahan dua suspek pengganas warga Iran. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan