5 Syaaban 1433H. [MOD] -
BUTTERWORTH: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman akan menjemput mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad ke Perhimpunan Oren.
Ia bertujuan untuk bersama rakyat dalam perhimpunan yang akan di adakan di halaman Masjid Wilayah Persekutun, Jalan Duta pada 14 Julai nanti jam 2.00 petang.
Semua yang datang terutamanya golongan peneroka ke ala Perhimpunan Bersih hendaklah berpakaian oren iaitu warna rasmi Felda untuk menuju ke Istana Negara menyerahkan memorandum bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa saham Malaysia.
Ketika berucap di Himpunan Hijau di Padang Haji Ahmad Badawi, Butterworth semalam, beliau memohon Yang Dipertua Agung sendiri masuk campur untuk menyelamatkan kedudukan peneroka hasil kerja kotor kepimpinan Barisan Nasional (BN).
"Buat masa ini pihak Anak sedang berusaha dengan pihak istana untuk melincinkan pertemuan tersebut. Kita harap ia berjalan dengan licin dan dapat bertemu Yang Dipertuan Agung untuk kami bercakap terus dengan baginda, " ujar Mazlan.
Kata beliau, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri akan mengetuai perhimpuan berkenaan serta berjalan kaki bersama rakyat ke pintu utama Istana Negara.
Selepas itu, mereha mahu bertemu baginda untuk mengatakan hasrat yang terpendam demi kebaikan semua peneroka.
"Selepas Himpunan berbaju kuning menuntut pilihanraya yang bersih, Perhimpunan Hijau yang sekarang rancak di adakan keseluruhan negara dan selepas ini marilah meraikan satu lagi perhimpunan Oren.
"Kita tidak akan duduk diam menyelamatkan rakyat yang terainaya, " katanya.
Harakah Daily
1 ulasan:
Nak ajak Musa, Pak Lah nak buat apa? Ular Sawa kenyang nak disuruh muntah semula? Nak Mengadap Aggong untuk apa? Pernahkan Raja Berpelembagaan di negara ini dapat menyelesaikan walau sebiji saga pun permasalahan rakyat? kalau nak berikan projek mega, Insyallah.... kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.
Catat Ulasan