25 Jun 2012

Bila persempadanan semula pilihan raya akan dimula

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan bilakah urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya akan dimulakan.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah mengemukakan soalan berkenaan bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berikut ialah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS hari ini.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah jenis-jenis permit import (AP) yang dikeluarkan serta berapakah hasil pendapatan negara dalam pengeluaran permit-permit import ini.

Dr. Siti Mariah Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jenis-jenis makanan asas tani utama yang diimport dan jumlah nilai import makanan asas tani 10 tahun kebelakangan ini. Apakah strategi dan langkah-langkah Kerajaan untuk memastikan negara akan mencapai tahap self sufficient dan memastikan food security terjamin di masa depan.

Datuk Kamarudin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah perdagangan antara Malaysia dengan Iran pada tahun 2011 dan apakah kesan pemberhentian dagangan minyak dan gas terhadap jumlah nilai perdagangan sekarang.

Dr. Dzulkefly Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional untuk menubuhkan satu 'Academy of Law' dan apakah tugas-tugas serta bidang kuasanya memandangkan telah wujud Majlis Peguam di negara ini.

Mohd. Abdul Wahid Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran, apabila kajian secara rawak mendapati terdapat sebilangan besar pelajar di Sekolah Menengah dan juga Sekolah Rendah di Terengganu tidak tahu dan tidak menunaikan solat lima waktu.

Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah hasil eksport utama negara sepanjang 5 tahun lepas serta berapakah hasil jumlah eksport tersebut dan sumber bahan eksport mengikut negeri-negeri di dalam Malaysia.

Dr. Che Rosli Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan usaha-usaha yang dibuat dalam mendedahkan kehebatan Sains & Teknologi Islam dan Asia Tenggara sempena Tahun Sains & Gerakan Inovasi.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kenapa ASTRO mengedit (censor) pemberitaan dan liputan langsung semasa himpunan Bersih 3.0 yang dibuat oleh BBC, CNBC, CNN dan Al-Jazeera.

Datuk Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan pihak mana atau siapakah yang telah membuat permintaan kepada Menteri di bawah Seksyen 87 Akta Koperasi 1993 supaya Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dikecualikan daripada pemakaian Seksyen 42 dan Seksyen 43(4) Akta Koperasi 1993.

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha Kerajaan untuk menangani masalah kesesakan penduduk di perumahan flat agar setiap satu keluarga memiliki satu rumah serta berapakah jumlah keluarga yang masih tidak memiliki rumah sendiri di seluruh negara.

Mohd Firdaus Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar institusi pengajian tinggi awam (mengikut universiti) yang ditangkap kerana terlibat dengan aktiviti pelacuran dan nyatakan langkah-langkah kementerian untuk mencegahnya.

Che Uda Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status pembinaan jalan raya dari Teloi Timur ke Merbau Kudung Batu Lima Sik. Sejauh manakah ia telah berjalan kerana ikut jadual ia akan bermula pada awal 2012.

Datuk Taib Azamudden Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kaedah fiqh yang digunakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mengeluarkan fatwa mengenai larangan menyertai perhimpunan Bersih pada 28 April yang lepas.

Muhammad Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan persiapan yang dibuat oleh pihak Kerajaan bagi menjadikan Tok Bali sebagai pusat pendaratan ikan antarabangsa pada masa depan.

Mohd. Nasir Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah pinjaman TEKUN yang diluluskan di Padang Terap daripada tahun 2008 hingga 2011. Sila nyatakan jumlah mengikut tahun dan jumlah yang pinjaman yang gagal dibayar balik.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya akan dimulakan.

Salahuddin Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan berapa jumlah bayaran dari TNB kepada penjana-penjana tenaga bebas (IPP) di dalam tahun 2000 hingga 2011 dan berapa banyakkah jumlah subsidi gas yang diberikan oleh Kerajaan dan Petronas kepada IPP dari tahun 2000 hingga 2011.

Harakah Daily

Tiada ulasan: