5 Syaaban 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU: Apa yang sering dibangkitkan pemimpin Umno setiap kali menjelang pilihan raya umum, orang Melayu dan Islam kononnya berada dalam keadaan terancam.
Bagi mereka situasi itu tidak mungkin berlaku sekiranya Umno masih berkuasa.
“Walhal Umno sudah tidak berupaya menjaga kepentingan orang Melayu. Jumlah orang Melayu murtad seperti pernah disebut Mufti Perak mencecah 250,000. Ini satu jumlah yang menggerunkan.
“Sejarah pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu sebenarnya bermula sebelum kemerdekaan apabila memenjarakan tokoh-tokoh awal pejuang kemerdekaan termasuk Dr Burhanuddin Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi.
“Umno memadamkan nama tokoh-tokoh pelopor kemerdekaan. Itulah pengkhianatan awal dilakukan Umno terhadap orang Melayu,” kata anggota Exco kerajaan negeri Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar).
Bercakap pada Wacana Perdana di sini malam tadi katanya, kerajaan BN yang didominasi Umno tidak menambah jumlah kerusi di kawasan majoriti Melayu dan memecah populasi antara kaum.
Menurutnya kerusi Melayu sepatutnya ditambah sejak 1986 selaras dengan pertambahan jumlah penduduk.
Kelantan yang mempunyai 95 peratus orang Melayu tidak ditambah kerusi parlimen dan sejak PRU 2004.
Begitu juga Terengganu, Kedah dan Perlis tiada tambahan kerusi Parlimen dan Dun sejak 1986.
Kata beliau tujuan Umno tidak melakukan pertambahan kerusi di kawasan majoriti Melayu kerana dibimbangi dimenangi PAS, memandangkan senario politik orang Melayu pada 1999 tidak memihak kepada Umno.
Beliau juga meluahkan rasa hairan Umno pernah mendapat kerusi majoriti di Pulau Pinang, namun jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada Gerakan.
Oleh itu Dr Fadzli mengajak orang-orang Melayu bersatu bersama wadah perjuangan Islam kerana PAS ada cara tersendiri menyelesaikan umat manusia.
Wacana Perdana siri ke-11 itu turut menampilkan mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, ulama muda Umno, Fathul Bari dan pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia. Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah. Manakala Amin Idris bertindak sebagai moderator.
Harakah Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan