LIMA: Sekurang-kurangnya 24 maut yang kebanyakannya pekerja lombong apabila bas yang mereka naiki terhumban ke dalam gaung di selatan Peru, semalam.
Polis berkata, 18 lagi penumpas bas berkenaan cedera dalam nahas yang berlaku di Bandar Arequipa, 1,000 kilometer di selatan ibu negara Lima.
Polis berkata, jumlah korban akibat nahas itu dijangka meningkat kerana masih ada mayat yang terperangkap akibat ditindih bas berkenaan.
Punca kejadian masih belum diketahui.
Kebanyakan penumpang di dalam bas adalah pekerja lombong yang dalam perjalanan dari Daerah Orcopampa ke Arequipa apabila mereka dijadual mengambil bahagian dalam satu keraian agama sempena Hari Easter, Ahad ini. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan