16 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
BENTONG – Penduduk tertanda-tanya apabila menghidu bau busuk dari sebuah rumah di Kampung Perting, di sini.
Bagaimanapun, tanda-tanya itu terjawab apabila polis menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tergantung di dalam rumah tersebut.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor berkata, mangsa, Lo Hit Kit, 36, yang juga seorang penganggur, tinggal seorang diri di rumah tersebut,
Katanya, jiran mangsa menyedari sesuatu terjadi apabila Hit Kit tidak keluar rumah sejak empat hari lalu dan memaklumkan kepada polis apabila terhidu bau busuk dari rumah itu kira-kira jam 11 malam kelmarin.
“Polis bertindak segera ke rumah itu dan menemui mangsa dalam keadaan tergantung di tingkat atas rumahnya. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.
"Mangsa disahkan mati sejak empat hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Mohamad Mansor juga berkata, mangsa dipercayai tinggal seorang diri dan mengalami tekanan perasaan selepas kematian ibunya empat tahun lalu.
Sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan