Kuala Berang: “Saya segera terjun ke sungai dan cuba menolaknya ke
atas sebaik melihat dia terkapai-kapai, tetapi gagal menyelamatkannya,”
kata Muiz Hanafi Mat Razol Ghani, 15, rakan kepada Mohamad Aliff Imran
Ghani, 15, yang lemas ketika mandi di Taman Pertanian Air Terjun Sekayu
di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, pelajar tingkatan tiga Sekolah
Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang meninggal dunia
selepas dihanyutkan arus sungai ketika mandi bersama empat rakan.
Muiz Hanafi berkata, sebelum kejadian, dia bersama empat rakan
termasuk mangsa ke taman itu untuk mandi, namun nasib tidak menyebelahi
arwah apabila pautannya pada batu terlepas sebelum dihanyutkan arus
sungai.
Sebelum kejadian itu, dia duduk berhampiran arwah bersama seorang lagi rakan manakala dua lagi yang tidak mandi berada tidak jauh dari kami.
Sebelum kejadian itu, dia duduk berhampiran arwah bersama seorang lagi rakan manakala dua lagi yang tidak mandi berada tidak jauh dari kami.
ORANG ramai mengangkat jenazah Mohamad Aliff Imran (gambar kecil).
“Beberapa minit sebelum kejadian, arwah mengajak kami pulang, tetapi pautannya pada batu tiba-tiba terlepas lalu dibawa arus sungai.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan